Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Terkejut Ramai Marah Pegang...

KALAU sebut nama Uqasha Senrose je pasti ada sahaja kisah panas yang dikaitkan...

Gaji Permulaan Rendah Antara...

Gaji permulaan rendah bagi mereka yang memulakan kerjaya sebelum gaji minimum dilaksanakan pada...

Jangan Jadi Khadam Musuh...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengingatkan pihak-pihak tertentu...

9 Anggota Polis Ditahan...

Kuala Lumpur : Sembilan anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan...

Kurangkan Perselisihan Demi Perpaduan

BENTONG – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah tanggungjawab memelihara kesucian agama bukan hanya terletak pada institusi diraja dan kerajaan malah turut menjadi tanggungjawab semua pihak berkenaan.

Tengku Abdullah bertitah, usaha itu tidak akan berjaya sekiranya ia juga tidak mendapat kerjasama rakyat beragama Islam di negeri ini.

“Saya mengharapkan kehadiran saya dalam setiap majlis berbentuk keislaman dapat menyampaikan mesej kepada rakyat negeri Pahang supaya mengutamakan soal perpaduan.

“Saya tidak mahu negeri Pahang kucar-kacir, umat Islam berpecah-belah dan seterusnya tidak menggambarkan Islam yang sebenar,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Tilawah al-Quran kali ke-61 peringkat negeri Pahang 2018 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam ini.


Pada majlis itu qari Bentong, Zul Hasyimi Mohamed Yunus, 39, muncul juara, manakala johan qariah disandang oleh peserta dari Bera Nurhafizah Ahmad Tajuddin, 30.

Tengku Abdullah turut mengharapkan wakil qari dan qariah dari negeri Pahang dapat merangkul juara pada tilawah al-Quran peringkat kebangsaan bulan ini.

​​​​​​​Titah baginda lagi walaupun sedar umat Islam di negeri ini idak dapat lari daripada masalah selisih faham atau perbezaan pendapat, namun ia harus dikurangkan dan majlis seperti tilawah ini diharap dapat menyatukan semula umat Islam. – BERNAMA

Kategori