Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lisa Surihani Selesa Dalami...

WALAUPUN dalam kehidupan sebenar pelakon Lisa Surihani tidak pernah mengalami pengalaman mengandung, namun...

Mahkamah Putuskan 18 Pelajar...

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah di atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.Keputusan itu dibacakan hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah hari ini, menurut laporan Astro Awani.Menurut keputusan itu, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, atas kesalahan membunuh dan bersubahat membunuh Allahyarham.12 penuntut lagi didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakannya.Hakim akan membacakan hukuman terhadap tertuduh selepas ini, menurut laporan itu lagi.

Video: Bagi Saya Minyak...

TINDAKAN seorang wanita yang berkeras meminta minyak petrol secara percuma di sebuah stesen...

SAM Akan Main Peranan...

PUTRAJAYA - Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) akan turut memainkan peranan dalam menjayakan...

Ladang Solar Terbesar TNB Kini Lebih 50% Siap

KUALA LUMPUR – Pembinaan Projek Solar Berskala Besar (LSS) di Kuala Langat, Selangor yang bermula sejak Julai tahun lepas kini lebih 50 peratus siap, menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Naib Presiden (Usaha Niaga Tenaga) TNB Datuk Noor Azman Mufti berkata kerja-kerja tapak untuk ladang solar berkapasiti 50 megawatt (MW) itu yang merangkumi aktiviti utama seperti struktur bagi panel solar, selain penanaman kabel bawah tanah 132kV dan fiber optik sepanjang 10 kilometer sedang rancak berjalan.

“Kerja-kerja pembinaan pencawang 132kV dan pusat kawalan, bagaimanapun juga sedang dilaksanakan, selain pemasangan lebih daripada 238,000 unit panel solar.

“Kami yakin projek ini dapat mencapai sasaran Tarikh Operasi Komersial yang dijadualkan pada 1 Nov nanti,ā€ katanya dalam kenyataan media hari ini.

Projek LSS pertama dan terbesar di Malaysia itu dibangunkan anak syarikat TNB, TNB Sepang Solar Sdn Bhd di tapak seluas 98 hektar di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor, dengan pelaburan keseluruhan lebih RM300 juta.

Projek tersebut menjadi pemangkin usaha TNB dalam menerajui agenda Tenaga Diperbaharui dan mengoptimumkan penjanaan elektrik melalui teknologi hijau, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori