Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Romli Terus Gigih Perjuangkan...

HANYA tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi sebelum Tahun Melawat Malaysia 2014...

Saya Tegar UMNO, Tidak...

IPOH - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan, beliau...

Cuti 7 Hari Bermakna...

IPOH – Manifesto Barisan Nasional (BN) Perak yang menjanjikan tujuh hari cuti tanpa...

TMJ, Che Puan Khaleeda...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri baginda,...

Lagi Kes Lawan Arus, Polis Tahan Warga Emas

AKIBAT nyanyuk, seorang tua telah memandu lawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada malam Ahad lalu.

Satu rakaman video kejadian itu tersebar di laman sosial menyaksikan pemandu kereta berkenaan memandu di lorong yang tidak sepatututnya sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Di dalam video berdurasi 39 saat yang dirakam oleh seorang pengguna lebuhraya itu, pemandu kereta Toyota Altis yang dipandu warga emas itu dilihat cuba memasuki lorong yang betul tetapi lebuhraya tersebut mempunyai penghadang kekal.

Beberapa penunggang motosikal juga dilihat berang dengan tindakan lelaki berkenaan memandu secara lawan arus berusaha meminta agar pemandu itu memberhentikan kenderaan namun tidak diendahkan.

Susulan kejadian itu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 76 tahun yang dikatakan tidak ingat laluan, dipercayai akibat nyanyuk dan sesat hingga ke kawasan BORR sebelum berpatah balik menghala ke Perai, Pulau Pinang secara melawan arus.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Nor berkata, lelaki itu dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Ria Murni menghala ke Taman Intan, Sungai Petani, Kedah, namun tersesat sehingga ke Butterworth.

“Berdasarkan pergerakan dipaparkan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) konsesi BORR, suspek dikatakan memandu secara melawan arus dari Kilometer (KM) 7.45 lebuh raya berkenaan.


“Rakaman suspek melawan arus hanya dapat dikenal pasti dari KM 7.45 dan KM 3 – Jambatan Perai. Bagaimanapun, lokasi sebenar dia membuat pusingan U tidak dapat dipastikan kerana tiada maklumat diperoleh daripada plaza Tol Bagan Ajam.

“Suspek kemudian memberhentikan keretanya ketika tiba di Tol Perai, sebelum dia dipukul sekumpulan penunggang motosikal dengan kes pergaduhan itu disiasat polis di Daerah Seberang Perai Tengah,” katanya dalam kenyataan memetik Harian Metro Online.

Tambah Noorzainy, semakan ke atas suspek mendapati dia tidak memiliki sebarang rekod saman trafik, dan seterusnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya bagi menjalani beberapa ujian berkaitan.

“Suspek menjalani ujian CT scan bagi mengenal pasti kesahihan penyakit pelupa atau nyanyuk, selain sampel darahnya turut diambil untuk ujian alkohol,” ujarnya sambil mengatakan bahawa kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ini bukanlah kali pertama kes seperti ini berlaku di negara kita.

Tahun lalu, kes serupa turut berlaku di Pulau Pinang apabila seorang wanita memandu secara lawan arus sehingga dari arah Sungai Dua menghala Permatang Pauh melanggar beberapa kenderaan lain sehingga menyebabkan satu kematian. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori