Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

EU Akan Lumpuh Tanpa...

LUXEMBOURG – Menteri Kewangan Jerman, Christian Lindner menyatakan bahawa Kesa­tuan Eropah (EU) tidak...

Viral! Alamat Jemaah Haji...

SEPERTI yang kita tahu, sekarang adalah musim haji. Panggilan Baitullah itu telah memanggil...

Jabatan Imigresen Kedah Berkas...

LANGKAWI - Tujuh puluh sembilan warga asing diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah...

Muslimah Ini Difitnah Oleh...

MUNGKIN kerana ingin memburukan emej Islam dan menjatuhkan maruah seseorang, pemilik akaun Instagram'Free...

Lagu Baru Dapat Sambutan, Netizen Sayu Lirik ‘Dalam’

SELEPAS hampir sebulan putus tunang, Sufian Suhaimi kini sudah semakin tabah dan reda dengan ketentuan hidupnya itu.

Sebagai tanda menghargai tarikh yang sepatutnya menjadi saksi hubungan cintanya bersama dengan Elfira Loy, Sufian akan mengeluarkan single baharunya yang berjudul Di Matamu.

Kini, lagu tersebut telah menerima banyak maklum balas positif daripada netizen yang anggap ia bagaikan mengisahkan tentang perjalanann percintaan tak kesampaian dirinya bersama dengan bekas tunangnya itu.

Sebanyak hampir 1.5 juta kali lagu itu telah ditonton menerusi laman YouTube di akaun Kipidap selepas dimuat naik pada Isnin lalu. Malah ianya juga telah trending di tempat kedua pada YouTube Malaysia hari ini.

Tarikh yang dipilih oleh penyanyi kelahiran Muar, Johor itu untuk melancarkan single ketiganya itu ialah pada 23 Mac ini iaitu tarikh sepatutnya mereka dinikahkan.


Majoriti peminat menyifatkan bahawa lagu tersebut sememangnya ditujukan kepada Elfira, namun Sufian telah menjelaskan bahawa sememangnya ia tiada kaitan langsung dengan kisah pertunangannya itu.

Malah, lagu berkenaan ditulis sejak dua tahun lalu sebelum dia menjadi penyanyi lagi dan penyanyi lagu Terasa Ada itu juga tidak sangka saat dia mahu mengeluarkan lagu baharu, terjadi pula satu kisah sedih ke atas dirinya.

“Lagu ini sangat peribadi bagi saya kerana mengisahkan kehidupan saya yang secara kebetulan.

“Bukanlah diciptakan selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira. Cuma semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan lagu ini,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Pastinya ajal, maut, jodoh dan pertemuan segalanya di tangan Tuhan. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori