Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jackie Chan Dilantik Duta...

SINGAPURA - Pelakon ternama Hong Kong, Jackie Chan hari ini dilantik menjadi duta...

Soal Lanjutan Moratorium Belum...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini bahawa lanjutan moratorium selepas tamat...

Pembunuhan Warga Myanmar Tiada...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar...

Bekas Suami Abby Bakal...

BEKAS suami kedua Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar diberitakan bakal mendirikan...

Laman Berita The Malaysian Insight Henti Operasi

PORTAL berita The Malaysian Insight menghentikan penerbitannya bermula minggu depan kerana gagal mencapai jumlah pengunjung yang disasarkan.

Portal itu dalam kenyataan ringkas oleh pengarangnya Jahabar Sadiq disiarkan sebentar tadi menjelaskan, ia “perlu menilai semula haluan, operasi berita dan kebolehlaksaan komersil.”

“Keputusan menghentikan penerbitan pada masa ini ialah sesuatu yang sukar, tetapi terpaksa dilakukan memandangkan suasana kewangan yang mencabar dihadapi The Malaysian Insight dan media lain,” menurut kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, laman itu dijangka menghentikan terus operasinya berikutan kontroversi pemilikan dan dana wang tunai yang diterimanya.

Isu dana untuk laman itu menjadi perhatian khusus dan didedahkan dalam siri tulisan Raja Petra Kamarudin di laman Malaysia Today sejak tahun lalu.

The Malaysian Insight ialah lanjutan portal The Malaysian Insider – yang juga menggunakan singkatan TMI – yang bermula pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dan menghentikan penerbitan pada 15 Mei, 2016 selepas lapan tahun beroperasi.

Pemiliknya pada masa itu, The Edge Media Group menutup TMI atas alasan komersil, selepas laman itu disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 25 Februari tahun sama.


The Malaysian Insider membina namanya sebagai laman berita yang banyak memperolehi maklumat dalaman pentadbiran Abdullah, dan dikenali sebagai laman yang sering menerbitkan laporan palsu dan menyeleweng mengenai pemerintah.

TMI juga sering dikecam kerana menerbitkan tulisan-tulisan mengelirukan dan mencetuskan kontroversi berkaitan orang Melayu dan agama serta institusi Islam di negara ini.

TMI berdepan banyak masalah kewangan dan telah bertukar pendana, walaupun rekod sebenar kewangannya tidak didedahkan dan diselubungi teka-teki sebelum muncul dalam identitinya sekarang tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori