Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Goldman Sachs Turun Unjuran...

BANK pelaburan global, Goldman Sachs Group Inc menurunkan unjuran harga minyak Brent bagi...

Najib Seorang Pemimpin Yang...

PETALING JAYA - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Datuk...

Eh.. Leez Rosli Mengenakan...

ANUGERAH Juara Lagu ke-29 sudah pun melabuhkan tirainya.Maka, terjawablah segala spekulasi dan tanda tanya...

Anuar Zain Hilang Suara,...

PENYANYI terkenal Anuar Zain kini dikhabarkan mengalami masalah kehilangan suara. Berikutan itu, Konsert Yonder Music...

Land Rover Terbabas, 7 Anggota Polis Cedera

KUALA LUMPUR – Tujuh anggota polis termasuk enam wanita cedera selepas kenderaan Land Rover yang mereka naiki terbabas di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ibu negara di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kenderaan itu yang dinaiki anggota berusia 20-an hingga 30-an dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul adalah dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menjalani latihan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata kenderaan berkenaan dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 8.35 pagi dan ambulans diarahkan ke lokasi kejadian


“Anggota APM kemudian membawa kesemua mangsa ke HKL untuk mendapatkan rawatan,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori