Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Video: Pemuda Sedekah Pizza...

HANYA berbekalkan RM12, seorang pemuda berjaya meraih perhatian netizen apabila video yang memaparkan aksinya...

Harga RON 95, Diesel...

PUTRAJAYA - Harga RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM2.20 seliter dan RM2.18...

Bumbung Sekolah Diterbangkan Angin...

KUALA LUMPUR – Bumbung Sekolah Kebangsaan Danau Kota 1, di sini tercabut dan...

13,944 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 hari ini semakin meningkat melepasi angka 13,000 dengan...

Laporan Audit Kes Tanah Felda Tidak Boleh Didedah

KUALA LUMPUR – Laporan audit forensik bagi projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dan 240 dokumen yang terlibat dalam kajian audit berkenaan tidak boleh didedahkan kerana siasatan masih dilakukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata kesemua dokumen itu termasuk syor-syor yang dijangka diberi, telah diminta oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk digunakan sebagai dokumen siasatan.

“Laporan audit tak boleh didedahkan kerana siasatan masih berlangsung dan kita akan pastikan perkara (yang timbul) berkaitan ini (projek KLVC) tidak akan berulang dengan memastikan kesemua jabatan kerajaan dan agensi berkaitan mematuhi perintah am.

“Apa yang berlaku di Felda adalah satu pengajaran yang amat besar. Saya setuju kita tak boleh biarkan perkara ini berulang dan saya boleh beri jaminan tidak ada jabatan yang boleh terlepas daripada kajian (pemantauan) audit sebenarnya,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (PPBM-Pagoh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


KLVC ialah projek yang dibangunkan syarikat pemaju, Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB), di tanah milik Felda yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Pada 9 Mac lepas, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Felda kembali mendapatkan kesemua 16 lot tanahnya di Jalan Semarak di sini, yang sebelum ini didaftarkan atas nama SPSB. – BERNAMA

Kategori