KOTA BHARU – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa laungan Pakatan Harapan akan menang sedang bergema hebat di Kelantan ketika ini.
Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Kelantan yang kini menyokongnya dan Pakatan Harapan.
“Terima kasih rakyat Kelantan. Bergema sokongan “Pakatan Harapan menang” malam semalam,” katanya di Facebook hari ini.
Mahathir merupakan Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Pakatan Harapan dibarisi DAP, PPBM, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN)
Sementara itu, Timbalan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa gelombang kebangkitan rakyat Kelantan semakin besar.
Kata beliau, rakyat Kelantan yang kini dibawah pentadbiran kerajaan PAS Kelantan mahu membawa agenda perubahan.
Justeru, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Kelantan di atas sokongan mereka kepada Pakatan Harapan. – MYNEWSHUB.CC