Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Artis Ke? Nampak Sama...

RAMAI rupanya orang di luar sana yang serupa atau doppelganger dengan selebriti tempatan kita.Yelah...

Dewan Negara Lulus Belanjawan...

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan...

Landasan LTSAH Ditutup Sementara...

ALOR SETAR - Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sementara bermula...

Tindakan Agresif Lelaki Bawa...

KUCHING – Tindakan agresif seorang lelaki 29 tahun merosakkan kenderaan seorang wanita mengandung...

Lebih 14,000 Individu Diisytihar Bankrap Dilepaskan

KUALA LUMPUR – Seramai 14,108 individu yang diisytiharkan bankrap berjaya dilepaskan daripada status tersebut sepanjang tempoh 2013 hingga tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim berkata jumlah itu merupakan 14.2 peratus daripada 100,610 individu yang diisytiharkan bankrap bagi tempoh yang sama.

“Daripada jumlah tersebut, 69.1 peratus adalah lelaki dan 30.9 peratus adalah wanita,” katanya ketika menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) berkenaan perkara itu.

Razali berkata kerajaan menyasarkan lebih ramai individu bankrap dapat dilepaskan kerana bilangan mereka (bankrap) yang tinggi boleh menjejaskan produktiviti negara.

Justeru, katanya dengan adanya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan kelulusan pindaan Akta Kebankrapan 2016 tahun lepas, misi tersebut diharap dapat dicapai.

Di bawah pindaan Akta Kebankrapan 2016, jumlah maksimum bankrap dinaikkan kepada RM50,000 daripada RM30,000 sebelum ini.


Akta yang diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat pada 29 Mac tahun lepas itu juga memberi perlindungan kebankrapan terhadap penjamin sosial. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori