Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Keputusan Cheng Hoe Adalah...

KUALA LUMPUR - Keputusan Tan Cheng Hoe meletak jawatan sebagai pengendali pasukan Kedah...

PKR Tiada Masalah Azmin...

KUCHING - Kehadiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada program...

Yan Kee Nafi Godam...

PETALING JAYA - Graduan kejuruteraan awam Universiti Malaya (UM) yang mencetuskan kontroversi dengan...

BN Akan Letak Calon...

KUALA LUMPUR : Calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Lebih 5 Juta Pelajar Dapat Manfaat Melalui Pusat STEM

KUALA LUMPUR – Penubuhan pusat pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dijangka memanfaatkan lebih lima juta pelajar dan 138,330 guru di seluruh negara persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata guru-guru STEM akan mendapat latihan pembangunan profesional yang berterusan bagi membangunkan bakat-bakat STEM yang diperlukan negara.

“Penubuhan pusat STEM melibatkan pelaksanaan empat inisiatif utama iaitu program kesedaran dan pembudayaan STEM, penyediaan latihan pembangunan profesional berterusan, pelaksanaan penilaian dan pemantauan serta sebagai sumber rujukan STEM,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin tahu perancangan kementerian dalam usaha memperkasakan pembangunan pusat STEM agar generasi muda Transformasi Nasional 2050 (TN50) dapat bergerak seiring perubahan teknologi menjelang Revolusi Industri 4.0.

Abu Bakar berkata STEM penting untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir selain memastikan negara terus maju dan berdaya saing.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 memperuntukkan RM250 juta bagi pendidikan generasi TN50 yang antara lain digunakan untuk menubuhkan pusat STEM. – BERNAMA

Kategori