Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Laluan Batang Kali-Genting Highlands...

KUALA LUMPUR - Laluan Batang Kali - Genting Highlands Seksyen 14, Hulu Selangor,...

APMM Lakukan Penerbangan Ihsan...

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini melakukan penerbangan ihsan membawa...

BN Pelawa Guan Eng...

GEORGE TOWN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari...

Punca Proton Lemah: Kroni...

KETIKA netizen propembangkang 'bising' konon antara punca Proton gagal di pasaran tempatan kerana...

Lebih 5,000 Warga Bagan Datuk Terima Manfaat

BAGAN DATUK – Lebih 5,000 penduduk Bagan Datuk termasuk golongan ibu tunggal menerima manfaat pada program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Dewan Dato’ c, Sungai Sumun, di sini hari ini.

Program sehari anjuran Biro Kebajikan UMNO itu menyediakan pelbagai informasi dan kemudahan mengenai pelan simpanan terbaik pendidikan yang diperkenalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M).

PTPTN pada program tersebut turut memberikan sumbangan penabungan berjumlah RM100,000 melibatkan 1,000 pelajar di daerah Bagan Datuk dengan setiap pelajar menerima RM100 berbentuk simpanan dalam akaun SSPN1M.

PTPTN turut menyerahkan insentif khas geran sepadan berjumlah RM500 kepada setiap murid berumur tujuh hingga 12 tahun yang mempunyai simpanan minimum RM500 dalam akaun SSPN1M masing-masing.

Bapa kepada penerima bantuan geran sepadan simpanan SSPN1M, Mohd Abduh Sukirman, 48, berkata beliau gembira menerima insentif khas tersebut dan menganggap SSPN1M sangat diperlukan terutama kepada golongan ibu bapa dalam memastikan simpanan pendidikan anak terjamin demi masa depan.

Mohd Abduh, yang menerima dua insentif khas berjumlah RM1,000 untuk kedua-dua anak lelakinya berumur sembilan dan 12 tahun itu, berkata insentif simpanan tersebut dapat membantu anaknya untuk belajar ke peringkat lebih tinggi.

“Geran sepadan ini sangat membantu rakyat terutama dalam pendidikan. Ini juga menunjukkan kerajaan berusaha untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan penabungan dari peringkat awal lagi,” katanya yang berasal dari Hutan Melintang, dekat sini.

Pada program itu, Biro Kebajikan UMNO turut menyampaikan bantuan makanan kepada golongan ibu tunggal di daerah Bagan Datuk.


Ibu tunggal, Maayah Abdul Rashid, 62, berkata beliau bersyukur kerana bantuan tersebut sedikit sebanyak membantu meringankan bebannya dalam membesarkan enam orang anak.

Maayah, yang mempunyai seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU), berkata bantuan tersebut merupakan bantuan pertama diterimanya dan mahu program tersebut diteruskan bagi membantu golongan ibu tunggal.

Seorang lagi penerima, Mariam Pajio, 63, dari Kampung Banang di sini, berkata program bantuan itu merupakan usaha terbaik kerajaan dalam membantu golongan ibu tunggal terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

M. Vengettamah, 83, berkata beliau berasa gembira menerima bantuan tersebut dan ia sangat membantu meringankan beban keluarganya yang menetap di Kampung Sumun di sini. – BERNAMA

Kategori