Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Seram… Kaki Terjojol Keluar...

PENDUDUK di Desa Tegowangi, Plemahan, Kediri, Jawa Timur, Indonesia gempar dengan penemuan kaki...

Pek Beras Sekilogram RM2.60...

PUTRAJAYA - Pek beras sekilogram pada harga RM2.60 akan dikeluarkan untuk pasaran tempatan...

VIDEO: Reaksi Buruh Kanak-Kanak...

PELAKON India, Varun Pruthi menghasilkan satu video realiti yang merakam reaksi buruh kanak-kanak apabila...

Ibu Perlu Kuasai ICT...

IPOH - Para ibu disaran menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama penggunaan...

Lebuh Kuantan Di Guangxi, Kedaulatan China Terjual?

KUALA LUMPUR – “Mengikut hemat sesetengah pihak, maka terjuallah kedaulatan negara gergasi China kepada negara kecil Malaysia!”

Demikian sindiran Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa kepada pembangkang berikutan bendera Malaysia kini berkibar megah di bandar Guangxi, China.

Malah, terdapat sebuah lebuh raya yang dinamakan Lebuh Kuantan di Taman Perindustrian Qinzhou China Malaysia Industrial Park (CMQIP) di bandar tersebut.

CMQIP dimiliki 49 peratus oleh Malaysia dan tiga kali ganda lebih besar dari Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Kuantan, Pahang.

Lebuh Kuantan merupakan timbal balas kepada Jalan Qinzhou di Kuantan sebagai penanda semangat program berkembar bandar-bandar Kuantan dan Qinzhou

Mengulas lanjut, Annuar berkata, kerjasama dua bandar raya Kuantan dan Qinzhou itu membuka lembaran baharu hubungan diplomatik dan dagang kedua-dua negara.


“Pantai Timur di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersedia untuk “game changer”.

“Rakyat bakal menikmati satu lonjakan yang bakal meruntuhkan dinding penghalang geografik, sejarah dan politik yang selama ini menghalang kemajuan Pahang, Terengganu dan Kelantan,” katanya di Facebook hari ini.

Annuar berkata, pandangan jauh Perdana Menteri dan nekad politiknya akan dikenang zaman-berzaman khususnya bagi rakyat Pantai Timur Malaysia.

“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori