Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Norazlan Tiba Di Ibu...

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi, Norazlan Ismail selamat tiba ke ibu negara malam semalam...

11 Kg Emas Disamun...

BUTTERWORTH - Sekumpalan lelaki bersenjatakan kapak dan penukul melarikan beg berisi jongkong emas...

Penjawat Awam Mengaku Bersalah...

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 15...

Malaysia-Thai Banteras Seludup Daun...

HATYAI - Aktiviti penyeludupan daum ketum dari Malaysia ke Thailand di percayai didalangi...

Lelaki Bersenjata Tahan Penghuni Rumah Orang Tua

LOS ANGELES – Seorang lelaki bersenjata memecah masuk ke sebuah rumah perlindungan orang tua, melepaskan tembakan dan menahan sekurang-kurangnya tiga tebusan, kata media tempatan dan pihak berkuasa.

Menurut polis tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Setakat ini, polis gagal berhubung dengan lelaki bersenjata yang masih berada di dalam rumah orang tua Yountville Veterans Home, di Napa Valley kira-kira 80 kilometer ke timur laut San Francisco.

Jurucakap Peronda Lebuh Raya California (CHP), Chris Childs berkata dalam satu taklimat media, lelaki itu dipercayai mempunyai senapang.

Childs berkata, timbalan CHP dan lelaki bersenjata itu berbalas tembakan, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.


Seorang penghuni rumah itu dikenali sebagai Rod Allen berkata, lelaki bersenjata itu menahan beberapa tebusan selepas melepaskan penghuni yang lain.

Katanya, lelaki itu menyerbu masuk sambil melepas berpuluh tembakan ketika mereka sedang meraikan satu majlis. – Reuters/BH ONLINE

Kategori