Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Waspada ‘Perang Psiko’ PPBM...

KUALA LUMPUR - Dakwaan seramai 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Parti Pribumi...

Pelajar Russia, Hias Kereta...

Seorang pelajar dari Russia berusia 21 tahun, Daria Radionova melakukan sesuatu yang unik...

Ahli Farmasi Kesal Ubat...

KENAIKAN harga barang semakin ketara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu sekali...

Prosedur Penyediaan Dan Pengendalian...

BAGI mereka yang ingin mengetahui bagaimana prosedur kertas peperiksaan, ini adalah maklumat tentang...

Lelaki Didenda RM4,000 Tuduhan Alihkan Wang

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengalihkan wang berjumlah RM9,798.38 milik seorang konsultan teknologi maklumat, tahun lepas.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairil Najmi Ahmad Puzi, 34, selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Dia didakwa dengan curangnya melakukan kesalahan itu ke atas wang milik Cheong Fook Ming, 38, di CIMB cawangan Sentul Raya di sini, antara 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam pada 5 Julai 2017 mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim. – BERNAMA


*Video sekadar hiasan…

Kategori