Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Gemuk Sangat Punca Risiko...

MIAMI - Berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko barah di dalam perut...

Lelaki Maut Terjatuh Dari...

MALANG sememangnya tidak berbau.Seorang lelaki warga asing ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari...

Kemalangan Dalam Terowong SMART,...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Britain maut dan seorang guru wanita cedera...

Impian Arsenal Lebur Di...

HARAPAN Arsenal untuk menamatkan era Arsene Wenger bersama kejayaan Liga Europa tidak kesampaian...

Lelaki Obes Meninggal Dunia Ketika Jalani Penggambaran

TRAGIS… Seorang lelaki yang mempunyai berat badan mencecah 381.9kg telah meninggal dunia secara mengejut selepas menjalani prosedur mengurangkan berat badan yang ketat.

Robert Buchel, 41, yang berasal dari Forked River, New Jersey, Amerika Syarikat meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam proses menurunkan berat badan selama lima bulan.

Serangan jantung itu berlaku ketika dia sedang menjalani penggambaran untuk rancangan realiti My 600lb yang dijadualkan ditayangkan pada minggu ini.

Robert dan tunangnya, Kathryn Lemanski telah berpindah ke Houston, Texas bagi membolehkan dia dipantau oleh pakar bedah, Dr Younan Nowzaradan.

Dalam tempoh sebulan yang pertama, Robert berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 56kg. Namun proses penurunan berat badannya bukan sesuatu yang mudah sehingga dia terpaksa diselamatkan oleh paramedik selepas terjatuh di atas lantai.

Selepas berat badannya turun kepada 325kg, dia dipindahkan ke pusat pemulihan dan di situ dia mula berjalan. Dalam masa dua bulan pula, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 98 kg lagi.


Namun dia terpaksa melakukan pembedahan, malangnya prosedur itu mengakibatkan Robert mengalami kemurungan hingga memaksanya mengambil pil tahan sakit dan menjadi ketagih dengan ubat itu.

Dia sanggup membuka jahitan di badannya semata-mata mahu mendapatkan pil tahan sakit.

“Dia menjadi nakal sejak pembedahan itu disebabkan dia tidak boleh mendapat ubat berkenaan. Robert dipindahkan balik ke pusat pemulihan dari hospital namun dia enggan berjalan atau bersenam dan beberapa minggu kemudian dia mengalami serangan jantung.

“Robert pernah memberitahu saya bahawa dia tidak dapat bertahan. Saya kini kehilangan orang yang sepatutnya hidup bersama saya,’’ kata tunangnya. – Mynewshub.cc

Kategori