Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Menteri Jumpa Doktor Klinik...

KUALA LUMPUR – Satu sesi townhall bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly...

Mamat Khalid Mula Sedar,...

KUALA LUMPUR - Pengarah Mamat Khalid yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)...

Anak Malaysia, Jameson Cipta...

KUALA LUMPUR - Menembusi produk hingga ke pasaran global bukanlah semudah yang disangka,...

RM314 Juta Dibelanjakan Untuk...

PETALING JAYA – Sebanyak RM314 juta telah dibelanjakan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan...

Lelaki Tamak Akhirnya Ditangkap Polis

KEMATIAN seorang gadis, yang didakwa bunuh diri oleh suaminya ketika mereka berbulan madu selepas 10 hari berkahwin pada bulan April tahun lalu, akhirnya terbela apabila lelaki berkenaan ditahan polis dan dituduh membunuh gadis berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 19 tahun, bersama suaminya yang berasal dari Korea Selatan, sedang berbulan madu di Osaka, Jepun.

Suaminya yang dikenali sebagai Woo didakwa telah menyuntik isterinya dengan ekstrak nikotin di dalam bilik air sebuah hotel. Dia kemudian memberitahu polis bahawa isterinya membunuh diri.

Selepas siasatan dijalankan oleh polis pada masa itu, mereka tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan gadis itu dibunuh, lalu kes tersebut ditutup.

Pada masa sama, Woo, mahu pulang segera ke Korea dengan membawa abu mayat isterinya.

Bagaimanapun syarikat insuran berasa curiga dengan kes itu susulan insuran perjalanan yang diambil oleh pasangan itu sebelum mereka berbulan madu di Jepun. Insuran itu akan memberikan pampasan jika salah seorang daripada pasangan itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan.


Syarikat insuran terbabit kemudiannya menghubungi polis dan rumah Woo telah diserbu. Mereka berjaya menemui memo dalam telefon bimbitnya mengenai rancangan untuk membunuh isterinya dan mengambil wang insuran terbabit.

Polis juga mendapati Woo pernah ke Jepun dengan seorang wanita pada 2016 dan cuba memberinya minum ekstrak nikotin tetapi wanita itu bernasib baik kerana dia enggan minum air tersebut disebabkan rasanya yang pelik.

Woo dikatakan membeli ekstrak nikotin terbabit menerusi dalam talian pada 2016. – MYNEWSHUB.CC

Kategori