Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bajet 2017 Bukan Sembang...

ALOR SETAR - Semua inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2017 akan dilaksanakan kerajaan...

Kesavan Persoal Kesetiaan Azmin...

KOTA KINABALU -Ā Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan yang bertanding jawatan Naib Presiden...

Bangkai Ikan Gar Gergasi...

NEW ORLEANS - Pengunjung taman rekreasi Lafreniere di sini dikejutkan dengan penemuan bangkai...

Mahkamah Tolak Permohonan Zahid...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan Datuk Seri...

Lelaki Terkejut Rupanya Dia Bela Beruang

PELIK… Anjing dengan beruang pun tak kenal. Ini yang berlaku kepada seorang penduduk di sebuah kampung di China, yang membela seekor beruang di rumahnya kerana menyangka ia anjing.

Lelaki dikenali sebagai Yang, dari Yunnan menemui binatang liar tersebut dalam hutan pada 2015 dan ketika itu dia menyangka ia merupakan seekor anak anjing.

Enam bulan kemudian bapanya memberitahu Yang bahawa binatang berkenaan yang diberikan nama Han Han, kemungkinan adalah beruang kerana ia menunjukkan ciri-ciri seekor beruang.

Malah binatang itu juga mempunyai jalur bercorak V pada dadanya, iaitu tanda yang sering wujud pada beruang hitam Asia.

Namun Yang enggan mengakuinya sebaliknya memberitahu bahawa jalur itu adalah warna asal kulit binatang yang disangkanya anjing.

Bagaimanapun selepas mengetahui bahawa Han Han adalah seekor beruang, bukan anjing, Yang memilih untuk terus memelihara bintang itu.


Dia meletakkan Han Han dalam sangkar sejak pertengahan tahun lepas selepas mendengar cerita ada penduduk yang diserang oleh seekor beruang hitam yang liar.

Han Han, kini berusia dalam lingkungan tiga tahun. Dalam pada itu, polis yang mendapat tahu mengenai binatang itu telah mengunjungi rumah Yang untuk siasatan dan mengesahkan bahawa beruang itu adalah binatang yang dilindungi di China.

Pihak berkuasa turut merampas binatang berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori