Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kentang Berakar Dalam Alat...

Colombia – Seorang wanita memberikan nasihat paling bodoh kepada anak perempuannya yang berusia...

‘Toyol’ Moden Yang Diharamkan...

Sejak dari dahulu lagi, jam tangan ialah alat yang biasanya digunakan bagi pelajar...

KPDNKK Periksa 557 Barang,...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menumpukan pemeriksaan terhadap...

Najib Kongsi ‘Cara Kuburkan’...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa terdapat cara...

Lelaki Zimbabwe Kesal Saiz Kondom China Agak Kecil

BEZANYA cuma lima sentimeter, namun ia jelas menyebabkan ramai rakyat Zimbabwe berasa tidak selesa dengan saiz kondom buatan China yang didakwa agak pendek meskipun harganya murah!

Ia didedahkan Menteri Kesihatan Zimbabwe, David Parirenyatwa sambil mendakwa lelaki tempatan di negara Afrika tersebut melahirkan perasaan kurang senang apabila kondom yang diimport dari China agak terlalu kecil.

Beliau malahan juga menyeru syarikat-syarikat pembuatan kondom supaya dapat menghasilkan saiz yang sesuai untuk golongan lelaki Zimbabwe sekali gus mengelakkan air mani meleleh menembusi faraj wanita ketika berjimak.

Bercakap pada pelancaran kempen pencegahan HIV / AIDS di Harare baru-baru ini, Parirenyatwa mengarahkan semua pengeluar kondom untuk mempertimbangkan usaha penghasilan saiz sarung itu yang berbeza panjangnya.

Menurut beliau, kondom dari China sangat popular dalam kalangan belia di Zimbabwe kerana faktor kos rendah tetapi disifatkan bersaiz kecil tidak sesuai semasa rangsangan setubuh hingga menyebabkan ramai wanita hamil.

Untuk rekod, purata saiz zakar lelaki dewasa di Zimbabwe ialah 15.68 sentimeter iaitu kedudukan ke-33 terpanjang di dunia selepas beberapa negara antaranya Itali, Mesir, Belanda, Angola, Denmark, Belgium, Haiti dan Zambia.

Sementara batang kemaluan lelaki normal China pula hanya 10.89 sentimeter iaitu kesembilan paling pendek di dunia selepas Sri Lanka, Filipina, Taiwan, India, Thailand, Kemboja, Korea Utara dan jirannya, Korea Selatan.

Baca: Kajian Dapati Saiz Zakar Lelaki Moden Makin Pendek

Juga: Awas Zakar Jika Isteri Tidur Posisi Atas Tubuh Suami

Lagi: Seluar Dalam Khas Untuk Lelaki Asyik Zakar Tegang

Gambar hiasan

Setakat ini zakar lelaki di Congo adalah terpanjang di dunia iaitu 17.93 sentimeter diikuti Ecuador, Zaire, Ghana, Colombia, Venezuela, Lubnan, Cameroon, Iceland, Sudan, Jamaica, Panama, Nicaragua, Benin, Brazil dan Peru.

(Nota: Malaysia ke-103 di dunia selepas Singapura, Indonesia, Yaman, Romania, Ireland, Mongolia, Amerika Syarikat, Portugal, Rusia dan Armenia; tetapi lebih panjang daripada Vietnam, Bangladesh, Hong Kong dan Jepun.)


Pada 2011, sebuah mahkamah Afrika Selatan pernah membatalkan pengimportan 11 juta kondom China kerana isu saiz apatah lagi panjang zakar lelaki negara itu ialah 15.29 sentimeter iaitu ke-41 di dunia setaraf Cuba dan Pakistan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Beijing Daxiang Technology Co., Zhao Chuan dipetik media mengesahkan akan merancang perubahan dalam pelbagai saiz kondom demi memenuhi kepuasan pelanggan di pasaran Zimbabwe.

“Mengenai permintaan kondom yang berbeza dari pelanggan di Zimbabwe, kami mula buat beberapa kaji selidik mengenai data pengguna di rantau itu sebagai persediaan produk pada masa depan dengan saiz unik,” tambahnya.

Kerajaan Zimbabwe mengedarkan 109.4 juta kondom di negara itu pada 2016 atau secara purata 33 unit kondom digunakan setiap lelaki; sebagai salah satu cara untuk banteras penularan virus HIV dan AIDS ketika berasmara.

Zimbabwe berada dalam kedudukan keenam tertinggi jangkitan HIV di benua Afrika dengan 1.3 juta penduduknya berjaya dijangkiti virus maut akibat aktiviti seks secara bebas sepanjang tahun itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori