Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PRK DUN Slim: 65%...

TANJUNG MALIM - Sebanyak 65 peratus daripada 267 pengundi awal terdiri daripada pegawai...

Ally Iskandar Sahkan Sudah...

TIDAK mahu orang ramai terus berteka-teki tentang status perkahwinannya, personaliti TV3 Ally Iskandar...

Isu Rumah Sewa: Belajar...

KES penyewa tidak bertanggungjawab memang sering kali kita lihat di media sosial. Mempunyai...

Myanmar Tahan Warga NZ...

YANGON – Gara-gara terlalu kreatif, seorang pengurus bar warga New Zealand dan dua...

LHDNM Iktiraf Peranan Media Tingkat Kesedaran

KOTA KINABALU – Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Datuk Seri Sabin Samitah mengiktiraf peranan media dalam meningkatkan dan memupuk tahap kesedaran golongan pembayar cukai di negara ini.

Beliau berkata sokongan berterusan pihak media melalui laporan dan publisiti memainkan peranan penting dalam menerapkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kewajipan membayar cukai.

“Tanpa media, segala maklumat gagal disebarkan dengan baik…oleh itu saya berharap kerjasama antara media dan LHDNM akan terus berkekalan,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra LHDNM bersama Media Sabah 2018, di sini hari ini.

Beliau berkata dengan adanya sokongan media, pihaknya berjaya meningkatkan kutipan cukai negara sebanyak 8.15 peratus berbanding tahun sebelumnya pada tahun lepas.

“Inilah antara sumbangan besar media kepada LHDNM dan kita berharap dengan kerjasama yang berterusan, kita akan mencapai sasaran kutipan RM134.7 bilion pada tahun ini,” tambahnya.


Sementara itu, Sabin meminta semua pembayar cukai di negara ini terus menunaikan tanggungjawab untuk membayar cukai.

“Mereka yang layak perlu membayar cukai kerana LHDNM akan mengenakan tindakan kepada mana-mana individu atau syarikat yang mengelak daripada berbuat demikian,” katanya. – BERNAMA

Kategori