Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

2 Individu Ditahan Kes...

HASIL laporan yang diterima oleh pihak polis, satu serbuan secara besar-besaran telah dilakukan...

PM Luangkan Masa Lawat...

BERITA Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarah Mursyidul Am PAS, Datuk...

Dakwaan Pembangkang Ekonomi Malaysia...

Dakwaan pembangkang bahawa ekonomi Malaysia sedang dilanda krisis adalah keterlaluan dan tindakan tidak...

Syarikat Tempatan Digesa Hentikan...

PUTRAJAYA – Kerajaan menggesa syarikat minyak sawit Malaysia menghentikan segera pengimportan minyak sawit...

Liga Europa: Wenger Gembira Arsenal Ke Suku Akhir

ARSENE Wenger mengakui terlepas pandang ketika aksi penalti pemainya sebelum menang 3-1 ke atas Milan.

Pemainnya, Danny Welbeck menerima sepakan penalti selepas dijatuhkan pemain pertahanan Milan, Ricardo Rodriguez.

“Secara jujurnya saya tidak sedar. Apabila melihat kembali aksi sepakan penalti itu nanti, saya akan beri jawapan yang jujur.

“Saya tidak mahu menuduh Danny apa-apa sebelum saya melihatnya (rakaman),” ujar pengurus Arsenal itu.

Wenger kini mengakui lebih sedikit lega apabila mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Malah dia mahu mengelak skuadnya bertemu lawan pilihan, Atletico Madrid pada aksi suku akhir nanti.

“Ia lebih baik. Kamik perlu melindungi keputusan. Ia menunjukkan tindak balas pemain.


“Kami bertemu dengan lawan sukar dan akhirnya menang,” jelas Wenger.

Pada perlawanan kalah mati itu, Welbeck meledak dua gol pada minit ke-39 (penalti) dan 86′, manakala Xhaka menyumbat gol minit ke-71.

Manakala gol tunggal Milan dijaringkan oleh Calhanoglu. – mStar Online

Kategori