Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

RTM Bersedia Siar Debat...

SEDIA... Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak ada sebarang masalah untuk menyiarkan debat melibatkan...

Hukuman Mati Ditangguh Selepas...

WASHINGTON DC - Seorang banduan akhir yang akan menjalani hukuman mati di Oklahoma...

Keupayaan Kamera Pengawasan Hidupan...

SEPANG -- Keupayaan ketersambungan dan isyarat kamera pengawasan hidupan liar di Taman Negara...

Kaji Semula Fasiliti Awam,...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta semua pihak...

Lihat Ibu Bapa Mati Ditembak Depan Mata

CRIMEA (Rusia) – Budak perempuan empat tahun dibunuh kejam dengan dimasukkan ke dalam kereta bersama mayat ibu bapanya sebelum kereta itu ditolak ke dalam tasik di sini.

Dalam kejadian minggu lalu, Konstantin Larkov, 35, dan isterinya Inna Khodareva, 32, bersama anak mereka Arina, memandu ke Crimea, dekat Sevastopol, Rusia, untuk membeli kereta yang diiklankan dalam talian.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan media Rusia, sebaik sampai mereka disambut Raven Samar, 28, yang memberi alasan keretanya terletak jauh dan meminta mereka membawanya ke lokasi kereta berkenaan.

Sampai di kawasan terpencil, dia mengeluarkan pistol dan memaksa Larkov menyerahkan wang dan apabila lelaki itu melawan, dia menembaknya lima kali termasuk di dada.

Samar kemudian membunuh Inna dengan dua tembakan dan kejadian itu disaksikan Arina yang berada di tempat duduk belakang.

Samar kemudian merampas wang 255,000 rouble (RM17,600) dan telefon pintar dan menolak kenderaan itu ke dalam tasik.


Samar kemudian ke tempat kerjanya sebagai wardar sebuah penjara di Sevastopol.

Jiran keluarga malang itu yang menyedari kehilangan mereka, menaikkan poster mendapat kehilangan mereka dan polis berjaya mengesan Samar di penjara berkenaan.

Ketika disoal siasat oleh polis, Samar mengaku Arina masih hidup apabila kereta berkenaan ditenggelamkan. – Agensi/myMetro Online

Kategori