Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Johor Bakal Kuat Kuasa...

JOHOR BAHRU - Johor dijangka menguatkuasakan undang-undang yang mencegah dan menyekat penyalahgunaan lambang,...

Jangan Terpedaya Pandangan Puak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia...

Polis Periksa Semula Premis...

ALOR SETAR - Bagi memastikan usaha pihak polis membanteras kegiatan perjudian berjaya, pemeriksaan...

SPRM Kesan Tiga Saksi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga saksi bagi membantu...

“Madu Memang Indah, Tapi Sakitnya Kita Je Tahu”

DRAMA Syurga Yang Kedua lakonannya membuatkan pelakon Siti Elizad bagaikan ‘fobia’ dengan isu poligami.

Sebagai seorang isteri, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, ternyata mempunyai pendapatnya yang tersendiri berhubung isu tersebut.

“Jika bercakap mengenai poligami, secara peribadi, saya izinkan suami saya berkahwin lain. Tetapi saya rasakan saya tidak sanggup bermadu,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Elizad telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Shamsul Baharin Rahman sejak tahun 2015 lalu namun mereka masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Sebelum ini, menerusi perkahwinan pertama, suami dikurniakan dua orang anak. Setakat ini, saya dan suami masih belum mempunyai rezeki untuk mempunyai permata hati.

“Jika tiada rezeki anak dan suami mahukan cahaya mata lagi, saya izinkan suami berkahwin lagi. Bagi saya, bermadu itu perkara yang indah, tetapi andai kata jika saya tak dapat menyesuaikan diri dengan situasi tersebut, saya akan minta dilepaskan,” tambahnya lagi.

Semua orang pasti menggemari kehidupan dikelilingi dengan aura positif dan itu juga yang sering menjadi keutamaan pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.


Drama Syurga Yang Kedua lakonanya bersama dengan Zarul Umbrella dan Fasha Sandha telah menampilkan kehidupan poligami antara pasangan suami isteri.

“Di dunia nyata, saya tidaklah setabah watak Sabrina yang hidup berkongsi suami dengan rakan sendiri. Saya tak mahu perkara negatif mempengaruhi hidup saya.

“Andai kata saya hidup dalam suasana bermadu, tipulah jika hati wanita ini tidak terusik langsung. Pastinya itu akan ganggu emosi dan saya tidak gemar hidup dalam suasana tidak tenteram,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, bagi Elizad, jika ditakdirkan dia perlu bermadu, pelakon berusia 33 tahun itu lebih memilih untuk mengalah.

Baginya dia lebih rela hidup bersendirian daripada memikirkan kehidupan negatif yang bakal dilaluinya jika perkara begitu berlaku.

Mudah-mudahan ia tidak akan terjadi kepada Elizad kerana tiada seorang pun isteri yang sanggup berkongsi kasih dengan orang lain. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori