LAGI U-Turn… Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang tokoh yang berjaya sepanjang 22 menjadi Perdana Menteri.
Beliau yang meninggalkan PAS selepas gagal mempertahankan jawatannya sebagai ketua pemuda parti itu malah mendakwa kononnya banyak kejayaan dicapai Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri
“Mahathir adalah tokoh yang berjaya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Mahathir melahirkan masyarakat luar bandar yang menyayanginya.
“Waktu itu yang menentang Mahathir cuma sedikit masyarakat bandar kerana tidak puas hati dengan kekurangannya,” dakwanya dalam satu program anjuran pembangkang.
Justeru, Suhaizan yang kini menyertai PAN mendakwa Mahathir seorang manusia yang melakukan pengorbanan untuk kembali berpolitik walaupun telah berusia 93 tahun.
Iroinya, barisan pimpinan PAN antara ahli politik pembangkang yang paling kuat mengecam Mahathir selama ini.
Mereka sewaktu masih berada dalam PAS malah menggelar Mahathir sebagai maha firaun, diktator, bapa kepada segala penyamun di Malaysia dan banyak lagi. – MYNEWSHUB.CC