Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anak Melayu Ketuai Dapur...

SEOUL - Buat julung kali, anak Malaysia diberi penghormatan mengetuai penyediaan makanan halal...

Sasar Tingkat 40 Peratus...

Kota Kinabalu : Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan penjanaan tenaga hijau atau Tenaga Boleh...

Kes Pecah Botol Arak,...

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini hari ini mendenda Ketua UMNO Bahagian...

865 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan 865 kes baharu positif Covid-19 sehingga jam 12...

Mahu Perjuang Irama Malaysia, Bukan Tiru Sesiapa

TAK habis dibandingkan dengan Siti Nordiana, kini pendatang baharu, Wany Hasrita sekali lagi perlu berhadapan dengan dakwaan kononnya dia cuba untuk meniru gaya Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila dia baru sahaja muncul dengan single irama Malaysia berjudul Ewah Ewah.

Namun, itu bukanlah perkara baharu yang perlu dilalui oleh Wany kerana langsung tidak mempunyaai niat untuk meniru mana-mana penyanyi yang membawa genre tersebut.

“Jujurnya, saya tidak berniat meniru Siti mahupun artis lain yang menyanyikan lagu irama Malaysia. Saya menyanyikan lagu dalam genre ini kerana minat. Pada masa sama, saya mahu memastikan irama tersebut tidak tenggelam begitu saja.

“Sebenarnya, banyak lagu tradisional yang bagus, tetapi tidak diketahui ramai. Saya pula cukup bersyukur apabila diberikan ruang untuk muncul dengan muzik sebegini,” katanya dipetik daripada BH Online.

Bagaimanapun, penyanyi berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu tetap bersyukur apabila masih ada peminat yang menyokongnya walaupun dia cuba untuk mempelbagaikan genre dalam setiap nyanyian.

Ewah Ewah kini telah ditonton hampir 1.8 juta kali tontonan sejak dimuat naik dekat laman Youtube pada awal bulan ini.

Bagi penyanyi yang mula dikenali selepas kejayaan single pertamanya berjudul Menahan Rindu, dia sendiri tidak menyangka  bahawa peminat akan memberikan sokongan yang tak putus-putus kepadanya dan lagu itu kini mula diterima oleh pendengar.

Malah, setiap stesen radio tempatan turut sering memutarkan lagu tersebut atas permintaan peminat sendiri.

“Alhamdulillah, jumlah tontonan video lagu ini semakin meningkat. Ia menjadi bukti masih ada yang meminati lagu irama Malaysia. Karya Pak Ngah sendiri masih mendapat tempat di hati pendengar,” ujarnya.


Tambahnya lagi, lagu tersebut tidaklah dipromosikan secara ‘gila-gila’ seperti singlenya yang sebelum ini kerana ketika lagu berkenaan mula keluar, penyanyi berusia 25 tahun itu masih berada di hospital kerana disyaki dijangkiti virus Influenza B.

BACA: Dijangkiti Virus, Wany Hasrita Masuk Wad

“Lagu ini juga sebenarnya kurang dipromosikan oleh saya. Ia dikeluarkan ketika saya dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

“Malah kalau nak diikutkan, tiada rancangan pun untuk mengeluarkan lagu ini. Saya rakam video muzik pun sekadar untuk dimuat naik ke Instagram. Namun, selepas berkongsi video itu awal Februari lalu, ia mendapat maklum balas sangat baik.

“Ramai yang menyokong usaha saya mengeluarkan Ewah Ewah. Selepas melihat sambutan diberikan, saya keluarkan juga sebagai hadiah untuk penyokong,” tambahnya lagi.

Dalam masa terdekat, Wany bakal menerbitkan sebuah album mini dan lagu Ewah Ewah turut akan dimuatkan ke dalam album mini tersebut.

Selain itu, lagu lain yang pernah menaikkan namanya turut telah disenaraikan antaranya Menahan Rindu, Rintihan Rindu, Di Sana Cinta Di Sini Rindu serta sebuah lagi lagu baharunya yang berduet bersama Tajul.

Bukan itu sahaja, sebelum menjelang Aidilfitri ini, Wany akan mengeluarkan koleksi baju raya bersama makanan sunnah berbentuk jeli sebagai satu usahanya untuk menguatkan lagi namanya dalam industri. –MYNEWSHUB.CC/ AH

 

Kategori