Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

7 Ditahan Dalam Tunjuk...

CAMERON HIGHLANDS - Tujuh lelaki ditahan polis dalam tunjuk perasaan bagi membantah operasi...

Skuad Harimau Malaya Tunai...

Biarpun tanggungjawab menggalas cabaran negara menghadapi Thailand pada perlawanan akhir kedua Piala AFF...

AS Umum Tentera Tarik...

WASHINGTON - Rumah Putih hari ini mengesahkan Amerika Syarikat menarik balik tenteranya dari...

Ibu Thaqif Turut Dipanggil...

KOTA TINGGI - Ibu pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi yang meninggal...

Malu ‘Kantoi’ Latih Nyanyi, Liza Disekat Anak Sendiri

GARA-gara malu ‘terkantoi’ sedang berlatih vokal, Liza Hanim memberitahu bahawa dia pernah disekat menerusi aplikasi Whatsapp oleh anaknya sendiri.

Berita melucukan itu telah dikongsikan oleh Liza kepada portal BH Online ketika majlis pelancaran single baharunya yang berjudul Mimpi.

Semuanya ‘terkantoi’ selepas salah seorang anak buahnya meminta pendapat tentang persembahan yang dikongsikan oleh anaknya, Marsya Qistina Mohamed Shahrin, 15, di status Whatsapp miliknya.

“Saya pun terus belek telefon selepas dimaklumkan anak buah, tetapi pelik kerana saya saja yang tidak boleh akses video di status yang baru dikongsikan olehnya.

“Rupa-rupanya Marsya sekat saya hari itu disebabkan segan kalau saya tengok dia berlatih sebelum hadapi satu pertandingan nyanyian. Memang selama ini dia jarang tanya apa-apa pasal nyanyiannya,” ujarnya.

MARSYA BERSAMA DENGAN PENGACARA HLIVE, YAYA ZAHIR.

Tambahnya lagi, anak perempuannya itu sememangnya mewarisi sikapnya yang pemalu yang lebih gemar berlatih bersendirian.

Menurut penyanyi lagu Izinkan Aku Bersuara itu, ketika di usia muda, dia turut suka berlatih menyanyi secara sendirian sambil membawa beberapa genre lagu.

Jadi jika anaknya juga bersikap sedemikian, dia lagsung tidak pelik dan tidak akan membantah keputusan puteri kesayangannnya itu.


“Apa pun, dari segi mengikut jejak langkah, saya nampak Marsya dan adik ketiganya yang gemar menyanyi serta aktif menyertai pertandingan,” kata ibu kepada empat orang cahaya mata itu.

Dalam masa yang sama, Liza turut telah keluar dengan buah tangan baharunya selepas mendapat tempat kedua menerusi pertandimgan Gegar Vaganza Musim ke-4 pada tahun lalu.

Mimpi merupakan single terbaharunya selepas hampir sembilan tahun ‘menyepi’ tanpa sebarang album.

Lagu itu merupakan hasil ciptaan Hafiz Hamidun dan liriknya oleh Fedtri Yahya serta dia turut mengakui bahawa lagu itu bagaikan menggetar jiwanya ketika sedang menyanyi lagu berkenaan.

Dengan adanya single baharu ini, Liza bakal memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam mempromosikan lagu tersebut. –  MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori