SEORANG kanak-kanak yang telah dirogol beberapa kali kini membina ‘benteng’ di bilik tidurnya menggunakan alat-alat permainan akibat kesan trauma yang terlalu buruk.
Mangsa yang kini berumur 6 tahun itu turut berkata dia kini ‘mempunyai perkara yang teruk-teruk di dalam kepalanya’ akibat dirogol sejak berusia 3 tahun oleh seorang pedofilia bernama Anthony Morgan, akibat trauma dengan siri kejadian yang berlaku di United Kingdom itu.
Pendakwa raya, Robert Jones berkata penderaan seksual itu telah mengakibatkan kesan psikologikal yang teruk terhadap kanak-kanak itu dan ketenteraman dirinya teruk terjejas.
Kata Jones, “Dia akan cuba untuk ‘menghadang’ pintu biliknya menggunakan permainan. Dia juga kerap berasa sedih.”
Morgan, yang kini sedang menjalani hukuman 16 tahun penjara akibat merogol seorang kanak-kanak perempuan lain sejak usianya 6 tahun, telah hadir ke mahkamah selepas mangsa keduanya iaitu kanak-kanak itu, tampil mendedahkan jenayahnya.
Morgan mengaku salah terhadap lapan pertuduhan merogol dan dijatuhkan hukuman 18 tahun dan 6 bulan di penjara.
Sementara itu, Jones turut berkata kanak-kanak itu kini amat sensitif dengan sentuhan dan menggigil semasa menjelaskan detik-detik dia dirogol.
Katanya lagi, kanak-kanak itu akan muntah setiap kali selepas dirogol, tapi berasa seperti dia ‘tidak faham apa yang sedang berlaku’.
Ketika ditemu bual oleh pihak polis, Morgan mengaku melakukan jenayah seksual keatas kanak-kanak bawah umur itu dan mengaku dia akan ‘mengumpan’nya dengan gula-gula dan memberi amaran agar tidak memberitahu orang lain setiap kali melakukan perlakuan tidak berhati perutnya itu.
Kata Jones, “Morgan berasa sesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya tetapi tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan mengapa dia meneruskan penderaan seksual tersebut. Dia salahkan ‘nafsu pelik’ yang menguasai dirinya.
“Dia turut akur bahawa perlakuannya itu mengakibatkan kesan psikologikal yang amat mendalam dan telah menyakiti perasaan kanak-kanak tidak berdosa itu.
“Morgan mengaku bersalah dan menyesal melakukan jenayah itu.”
Morgan telah merogol kanak-kanak itu sebanyak 225 kali dan menawarkan aiskrim serta manisan lain sebagai ‘upah’ hubungan seks itu.
Akhirnya, kanak-kanak itu memberitahu seorang dewasa dan mendedahkan bahawa dia telah dirogol sejak sekian lama.
Kanak-kanak itu mengalami masalah gangguan pelajaran, terseksa secara emosi dan fizikal dan telah menanggung ‘trauma psikologikal yang kritikal’.
Dia turut memberitahu mahkamah bahawa dia takut dia tidak mampu untuk menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dewasa dengan normal di masa hadapan seperti berkahwin dan mempunyai anak kerana kini, dia amat takut mengadakan hubungan seks. – MYNEWSHUB.CC