Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hadiah Deepavali Buat Pekebun...

SEREMBAN - Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini...

Biar Suami Pukul Anak...

BENTONG: "Sememangnya saya patut menerima hukuman penjara kerana cuai dan tidak bertindak sesuatu...

Izzue Islam Berang Awin...

PENYANYI kumpulan Forteen, Izzue Islam mengakui berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang...

UPSR Diteruskan Di 5...

KOTA KINABALU - Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di lima sekolah di...

Manifesto PH Tiada Agenda Baharu

KUANTAN – Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah hari ini berkata manifesto Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai agenda baharu untuk golongan belia, sebaliknya hanya bersifat populis.

Beliau berkata manifesto itu, yang dilancarkan PH di Selangor semalam, juga lapuk dan ketandusan idea kerana 90 peratus daripadanya sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya janji PH untuk mengurangkan beban hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah hanya janji pusingan-U kerana sebelum ini, pakatan pembangkang pernah berikrar untuk memberikan pendidikan percuma.

“Langkah mereka untuk meneruskan PTPTN dan bukan menghapuskannya juga menunjukkan mereka bersetuju bahawa PTPTN adalah tabung pendidikan terbaik untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya BN membawa pendekatan berbeza dengan menawarkan janji realistik dan terbuka mendengar pandangan orang ramai termasuk golongan muda yang akan meneruskan kepimpinan negara pada masa hadapan.


Sebagai contoh, katanya, kerajaan BN melaksanakan Transformasi Nasional (TN50) dengan setakat ini telah menerima pandangan dan pendapat lebih 62,000 anak muda dalam perancangannya menjadikan Malaysia negara cemerlang menjelang 2050.

“Keterbukaan kerajaan BN menerima pandangan semua pihak menunjukkan BN berani membetulkan kesilapan dan memperbaiki kekurangan, bukannya seperti pembangkang yang hanya ghairah memacing undi rakyat,” katanya. – BERNAMA

Kategori