Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Perintah Berkurung ESSZone Dilanjut...

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Kucing Mata ‘Alien’ Ada...

MARI berkenalan dengan Matilda, seekor kucing comel dengan mata serupa 'alien' atau makhluk...

HAB Medan Pasar Jadi...

KUALA LUMPUR – Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar, di sini bakal dikategorikan...

Azizul Dilantik Duta Daikin...

PETALING JAYA - Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang hari ini dilantik sebagai...

Manifesto PH Tidak Bela Masyarakat India

KUALA LUMPUR – Manifesto Pakatan Harapan tidak langsung mengkhususkan kepada usaha membela kebajikan, memperkasakan sosioekonomi belia serta masyarakat India, kata Ketua Pemuda MIC Datuk Sivarraajh Chandran.

Beliau berkata selepas diteliti, manifesto itu tidak mempunyai apa-apa yang menarik atau agenda baharu untuk masyarakat India, sekali gus membuktikan tiada pemimpin dalam pakatan pembangkang mewakili dan betul-betul berjuang untuk kaum ketiga terbesar di negara ini.

“Lihatlah sendiri, kebanyakan janji manifesto yang diumumkan Pakatan Harapan sudah pun dan sedang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) serta kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Jika diteliti secara terperinci kandungan manifesto itu, secara ringkasnya ia boleh ditafsirkan sebagai populis, bahkan tidak praktikal langsung. Saya yakin dan pasti, tidak ada kajian dilakukan sebelum membuat manifesto tentang keperluan masyarakat India,” kata Penyelaras Parlimen Cameron Highlands itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada Khamis, gabungan longgar pembangkang yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang antara lain menjanjikan 10 perkara bagi meringankan beban rakyat dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran, jika pakatan itu membentuk kerajaan.

Sebelum ini, Najib memberitahu BN akan menjadikan manifesto PRU14 sebagai yang terbaik dalam memperjuangkan nasib rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang.


Sivarraajh berkata manifesto pembangkang itu jelas memperlihat ketidakmampuan mereka melaksanakan janji-janji yang telah pun dilaksanakan BN pada pilihan raya umum lepas. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori