Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Wow! Heels Pintar Bolehkan...

PERKEMBANGAN teknologi dari hari ke hari, menyaksikan beberapa syarikat menghasilkan rekaan 'pintar' kepada kasut dengan...

PRK Rantau: Tok Mat...

REMBAU - "Saya tak pernah minta tolong dengan tuan-tuan. Tuan-tuan yang selalu minta...

APMM: Pelayaran Ihsan Bawa...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur melakukan pelayaran ihsan...

Isu Cerai: Bukan Islam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengekang masalah perceraian atas alasan yang remeh dalam...

Maria Chin Sah Tanding PRU14 Atas Tiket PKR

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah sah bakal bertanding untuk atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, Maria menegaskan tidak menjadi ahli PKR, walaupun pada masa sama mengakui parti itu selari dengan prinsipnya.

Kawasan aktivis politik itu bakal bertanding masih belum diputuskan.

Pengumuman penyertaan Maria itu dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Maria berkata, sebab utama beliau mahu bertanding dalam PRU-14 adalah agenda reformasi.

“Saya harap agenda reformasi menguntungkan rakyat. Apa yang saya berjuang ialah reformasi yang diumumkan oleh Bersih.

“Suara Bersih dan semua yang dituntut itu saya akan bawa ke Parlimen, selain isu kesamaan gender dan persekitaran.


“Ini adalah isu yang sangat penting untuk saya dan saya harap saya boleh memberi sumbangan,” katanya memetik laporan The Star Online.

Terdahulu, spekulasi bertebaran bahawa Maria akan bertanding di kerusi Parlimen Petaling Jaya Selatan, yang kini dipegang oleh Hee Loy Sian, penyandang dua penggal di sana.

Tian Chua, mengatakan bahawa isu sama ada Maria adalah ahli PKR, atau calon bebas, tidak menjadi masalah besar pada masa ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori