Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pramugari Pesawat QZ8501 –...

'I LOVE YOU FROM 38000 ft' (Saya cintakan awak dari 38,000 kaki).Itu antara...

Tuduhan Perlu Dibawa Ke...

KOTA BAHARU - Setiap tuduhan yang dilemparkan oleh mana-mana pihak perlulah dibawa ke...

PAS Sokong Ketegasan Kerajaan...

KUALA LUMPUR - PAS menyokong penuh ketegasan kerajaan Malaysia dalam berhadapan kontroversi dengan...

Gempa Bermagnitud 7.5 Gegar...

JAKARTA: Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter...

Masjid Adalah Pusat Perpaduan Umat Islam

SEREMBAN – Masjid perlu dijadikan sebagai pusat perpaduan dalam kalangan umat Islam dan bukannya tempat untuk memecah-belahkan masyarakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan perkara itu di hadapan 1,000 hadirin pada majlis pengisytiharan naik taraf Surau Ibnu Khaldun Kariah Lavender Heights kepada status masjid di sini, hari ini.

Beliau berkata masjid juga perlu dipelbagaikan fungsi supaya tidak lagi dilihat sebagai sekadar pusat ibadat malah ia boleh dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti lain yang tidak bercanggah dengan hukum.

“Masjid boleh menjadi pusat komuniti jika dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti serta penglibatan daripada golongan muda dan kaum hawa agar institusi ini tidak diabaikan dan menjadi sepi,” katanya.


Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Paroi Mohd Ghazali Abd Wahid, Mufti Kerajaan Negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Datuk Selamat Paigo dan pengerusi masjid Mohd Asna Amin.

Masjid itu yang kini sedang dinaik taraf di kawasan seluas 16,630 kaki persegi dan menelan kos RM1 juta, dijangka mampu menampung 1,200 jemaah pada satu-satu masa berbanding 800 sebelum ini. – BERNAMA

Kategori