Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

NGO, Portal Berita Dibiayai...

KUALA LUMPUR - Dana yang diterima beberapa pihak termasuk portal pro-pembangkang Malaysiakini, Majlis...

MBPP Tamatkan Khidmat Pengurus...

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menamatkan khidmat syarikat Perkhidmatan Alam...

Mesej Hiba.. Mangsa Banjir...

BERAT bahu memandang, berat lagi bahu memikul - keadaan banjir di beberapa negeri...

Penyanyi Buta Hidupkan Muzik...

SAMBIL lancar memainkan gitar dan disokong seorang pemain drum, Singhkum Boonriang cuba menyanyikan...

Mayat Mangsa Lemas Terakhir Dijumpai Terdampar

BACHOK – Mayat mangsa terakhir tragedi tiga beranak lemas ketika mandi-manda bersama keluarga di Pantai Sri Telong di sini, semalam dijumpai terdampar di pesisir pantai itu, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok ASP Azmi Mokhtar berkata mayat Wan Ukkasyah Wan Halem, 12, dijumpai anggota penyelamat yang membuat rondaan di kawasan pantai tersebut pada pukul 6.30 pagi.

“Mayat mangsa ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azmi berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu turut meragut nyawa bapa kanak-kanak terbabit Wan Halem Wan Mustapha, 44, dan adiknya Wan Muhammad Muzzaimmil, 7, yang lemas dihanyutkan ombak, bagaimanapun mayat mereka ditemukan orang awam semalam.


Mangsa bersama keluarganya dari Bunut Payong, Kota Bharu datang ke pantai berkenaan untuk berkelah sempena cuti sekolah. – BERNAMA

Kategori