Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Liwat Anwar: Mahkamah...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk...

Kanak-Kanak Usia 13 Tahun...

PERKAHWINAN sepasang kanak-kanak yang masing-masing baru berusia 13 tahun dengan pengantin perempuan sedang...

Rekaan Lapangan Terbang Baru...

SEBUAH Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing, China sedang dalam pembinaan akan memiliki tujuh...

Sasaran Rapatkan Jurang Digital...

KUALA LUMPUR - Sasaran utama Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia bertujuan merapatkan...

MB N.Sembilan Nafi Galak Budaya Samseng

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menafikan bahawa ucapannya ketika pelancaran Briged Gempur Pemuda Barisan Nasional (BN) baru-baru ini bertujuan menggalakkan budaya samseng dalam kalangan anggota parti itu.

Sebaliknya, beliau berkata ia bertujuan menaikkan semangat jentera parti untuk memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Bukan niat dan maksud saya menggalakkan budaya samseng dan keganasan… Saya cuma mahu menaikkan semangat Pemuda BN supaya bergerak untuk menggempur tempat-tempat dan memangkah atau menidakkan fitnah-fitnah. Bukan sampai bergaduh… Itu bukan cara kita.

“Saya banyak berkias dan ibaratkan terbalikkan meja… Maksud saya ialah gerakkan jentera dan Pemuda BN serta gempur tempat-tempat yang kita fikir ada isu yang perlu ditangani segera.

“Saya hendak mereka jangan duduk diam sahaja… Bergerak dan sanggah mereka… Itu maksud saya. Bukanlah secara fizikal terbalikkan meja,” katanya kepada pemberita di sini.


Mengulas lanjut, beliau memohon maaf jika ada pihak yang salah tafsir cakapnya.

“Saya bukan buat apa-apa ugutan, saya cuma minta Pemuda BN keluar dan gempur isu-isu termasuk di kedai kopi. Kadang-kadang kita bergurau tapi orang punya tafsiran salah,” katanya. – BERNAMA

Kategori