Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Proses Pengundian Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap proses pengundian Pilihan Raya...

Pemeriksaan Berterusan Ekosistem Pendidikan...

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk mengadakan pemeriksaan berterusan terhadap pemboleh dalam ekosistem pendidikan...

Bekas Jurutera JKR Kulaijaya...

PUTRAJAYA: Bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kulaijaya menangis teresak-esak selepas Mahkamah...

Rotan Anak Boleh Jika...

KUALA LUMPUR - Cadangan menjadikan perbuatan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah di...

McDonald’s Indonesia Agih Percuma Rai Hari Sarapan

JAKARTA – McDonald’s Indonesia kembali merayakan Hari Sarapan Kebangsaan 2018 dengan kali ini pula mengedarkan sejumlah 167,000 bungkusan makanan pagi secara percuma pada hari ini.

Pemberian sarapan tanpa bayaran itu melibatkan hanya 167 cawangannya di seluruh Indonesia dengan makanan yang dibahagikan dalam perayaan edisi tahun keenam tersebut ialah ialah chicken muffin atau baulu daging ayam.

Ia mula diberi pada pukul 6.30 pagi hingga 11 pagi waktu Indonesia Barat atau habis kesemua stok 1,000 bungkusan lebih awal untuk setiap cawangan restoran makanan segera itu yang terlibat dalam program amal berkenaan.

“Kami melibatkan cuma beberapa buah bandar utama di Indonesia,” ujar Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi McDonald’s Indonesia, Sutji Lantyka ketika dihubungi portal berita tempatan terkenal, Kompas.com di sini.

Laman sesawang rasmi McDonald’s Indonesia menyatakan bahawa syarat untuk mendapat sarapan secara percuma itu cukup mudah dengan pengunjung hanya perlu beratur di depan premis restoran itu semasa tempoh pengagihan.

Tawaran itu tidak melibatkan pesanan menerusi tempahan dan pelanggan mesti berusia 15 tahun ke atas serta setiap orang hanya mendapat satu bungkusan chicken muffin untuk memberi keadilan kepada mereka yang datang.


Jika sebelum pukul 11 pagi, jumlah pengagihan sudah mencapai 1,000 orang, maka aktiviti itu diberhentikan. Namun promosi itu tidak dilakukan di beberapa cawangan McDonald’s yang berada dalam gedung beli-belah.

McDonald’s Indonesia juga membahagikan sarapan tersebut kepada pekerja melalui jalan raya yang tidak sempat mengambil sarapan di rumah termasuk melibatkan hentian sistem pengangkutan awam tempatan popular.

“Pada sambutan tahun ini, kita juga bagi kepada penumpang tren komuter, bas Transjakarta, guru-guru sekolah, pemandu teksi. Hampir dua ribuan bungkusan diagihkan pihak McDonald’s,” tambah Sutji dipetik laman itu.

Namun, jika pelanggan datang ke restoran yang ditetapkan itu kebetulan mahu minuman kopi dan seumpamanya, mereka perlu membayarnya dengan harga 10,000 rupiah (kira-kira RM2.90). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori