Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KDNK Suku Pertama Berkembang...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama 2019, melepasi...

Zakir Tidak Diusir Selagi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Dr Mohamad berkata Malaysia tidak akan...

Tesco Mohon Maaf Jual...

SEBUAH rangkaian kedai peruncitan Tesco di United Kingdom telah memohon maaf gara-gara tersilap...

UAE Tewaskan Harimau Malaya...

SKUAD Harimau Malaya gagal mencipta kejutan awal apabila tewas 0-4 kepada Emiriah Arab...

Mekanik Dijel 10 Tahun, 2 Sebatan Kes Rogol, Rompak

PETALING JAYA – Seorang mekanik dihukum penjara 10 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii, mencabul dan rompak berkumpulan di sebuah kafe siber di Bandar Kinrara, Puchong, dengan rakaman litar tertutup kejadian itu tular di media sosial tahun lalu.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhi hukuman itu terhadap B. Sugidran, 26, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas lima pertuduhan itu sebelum perbicaraan hari pertama kes itu hari ini.

Bagi satu kesalahan merogol dan satu kesalahan seks luar tabii, mahkamah menjatuhi hukuman penjara masing-masing 10 tahun dengan satu sebatan terhadap lelaki itu manakala bagi satu tuduhan mencabul, dia dihukum penjara lima tahun.

Bagi dua tuduhan merompak pula, dia dihukum penjara masing-masing 10 tahun.

Tertuduh akan menjalani hukuman penjara selama 10 tahun selepas mahkamah memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 14 Mei 2017.

Tertuduh didakwa merogol, mencabul serta melakukan seks luar tabii terhadap penjaga kaunter premis itu iaitu wanita warga Indonesia berusia 33 tahun pada 10 pagi, 11 Mei 2017 di premis berkenaan.

Sugidran turut melakukan rompakan berkumpulan terhadap mangsa dan rakan sekerja mangsa, lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun, yang melibatkan kerugian RM300 dan RM400.

Bagi kesalahan rogol dan seks luar tabii, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 dan 377C Kanun Keseksaan yang masing-masing memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat manakala bagi kesalahan cabul, dia dituduh mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.


Bagi kesalahan rompak, Sugidran didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya V. V. Suloshani memohon mahkaman menjatuhkan hukuman berbentuk pemenjaraan yang berat terhadap tertuduh mengambil kira jenayah rompak dan rogol yang berleluasa.

“Saya juga mohon mahkamah mengenakan hukuman penjara berasingan bagi kelima-lima pertuduhan sebagai pengajaran terhadap tertuduh,” kata Suloshani.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia merupakan anak lelaki tunggal dan perlu menjaga ibu serta tiga adik perempuannya.

“Saya sudah berkahwin dan mempunyai dua anak namun isteri saya gagal dikesan sehingga kini…saya menyesal atas perbuatan saya,” kata lelaki itu. – BERNAMA

Kategori