Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penjaja Bazar Perlu Perbaiki...

KUALA LUMPUR - Penjagaan dan kualiti kebersihan makanan di bazar-bazar Ramadan di sekitar...

2 Maut Sehari Dalam...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 890 kes kematian dicatat akibat kemalangan dalam perjalanan pergi-balik...

Anggota Polis Disaran Menjaga...

KUANTAN - Semua anggota dan pegawai polis di negeri ini diingatkan supaya mementingkan...

PAN Petik Firman Allah...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Amanah Negara (PAN) memetik firman Allah bagi menjustifikasikan...

Mengerikan! Wanita Maut Di Celah Besi Pagar

TRAGIK… Seorang wanita muda maut selepas lehernya tersangkut di pagar besi penghadang pejalan kaki dalam satu kejadian di China, lapor portal Daily Mail.

Kejadian ngeri tersebut berlaku disebabkan kaki mangsa tersadung pada beg beroda yang dibawanya ketika turun dari sebuah bas di Huangpu di bandar Hankou, wilayah Hubei, China.

Wajah mangsa bertukar kebiruan dan lemas selepas lehernya terperangkap di celah pagar tersebut.

Pihak berkuasa mendapat panggilan daripada orang awam yang menyaksikan kejadian itu. Pihak polis dan pasukan perubatan tiba di lokasi 16 minit kemudian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Anggota polis cuba memotong besi pagar tersebut dan pasukan perubatan kemudian berjaya mengeluarkan leher mangsa yang tersangkut.


Insiden itu menyebabkan netizen media sosial kesal kerana pihak berwajib tidak mengambil tindakan untuk menambah baik pagar tersebut biarpun pernah berlaku beberapa kes yang melibatkannya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Kategori