PASUKAN bola sepak kebangsaan Mesir akan mengambil langkah-langkah khas untuk mengekalkan kecergasan menjelang kejohanan Piala Dunia pada Jun nanti.
Jurulatih Mesir, Hector Cuper berkata Persatuan Bola Sepak Mesir telah mengambil pakar khas untuk membantunya dan pemain-pemain semasa bulan Ramadan yang dijangka bermula Mei.
“Kami akan menyusun dan memantau pemakanan dan masa tidur mereka dan berharap puasa tidak akan menjejaskan mereka,” kata Cuper dalam satu sidang media.
“Mungkin boleh timbul masalah bagi jurulatih kerana pemain-pemain akan tidak makan dan minum sepanjang siang hari, jadi ini boleh menyukarkan latihan tapi ini soal agama dan saya tidak boleh halang mereka daripada berpuasa,” kata jurulatih dari Argentina itu.
Pasukan Mesir akan bermain menentang Portugal pada 23 Mac dan Greece empat hari kemudian.
“Kami akan bermain dua perlawanan persahabatan, salah satunya menentang Portugal dan Christiano Ronaldo. Untuk persediaan, ini memang sesuatu yang bagus,” katanya.
Hasil undian meletakkan Mesir dalam kumpulan A bersama Rusia, Arab Saudi, dan Uruguay, dengan perlawanan pertama mereka menentang Uruguay pada 15 Jun. – BBC/Mynewshub.cc/H