Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

1,450 Keluarga Terima Manfaat...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 1,450 keluarga telah menerima manfaat daripada pelaksanaan skim 'Rent-To-Own'...

Pendaki Cedera Diusung Turun...

KOTA KINABALU - Seorang pendaki terpaksa diusung turun dari puncak Gunung Kinabalu selepas...

Dapur Sebuah Rumah Rosak...

SEREMBAN - Hujan lebat sejak petang semalam, mengakibatkan kejadian tanah runtuh hingga bahagian...

Terima Padah Rogol Warga...

SEREMBAN - Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun...

Menteri Sabah, Siringan Gubat Meninggal Dunia

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Siringan Gubat, 68, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 10.57 malam tadi.

Beliau meninggal seminggu selepas seorang anggota kabinet Sabah, ADUN Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang juga Menteri Belia dan Sukan, meninggal dunia akibat kanser.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (UPKO), Albert Bingkasan dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Siringan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles di sini, malam tadi.

Bingkasan berkata mendiang Siringan, yang juga timbalan presiden UPKO akan dibawa ke Kampung Kinirasan, Ranau pada 23 Mac untuk dikebumikan pada hari berikutnya (24 Mac).

Siringan merupakan Anggota Parlimen Ranau sejak 2008 sebelum menjadi wakil rakyat Paginatan pada 2013. – BERNAMA


*Video sekadar hiasan…

Kategori