Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Benar Rentas Negeri...

PETALING JAYA - Bermula esok, kerajaan membenarkan rakyat untuk merentas negeri selepas kelonggaran...

Disuruh Pulang Tak Cukup...

HANYA kerana tiada wang membayar kos pengebumian sebanyak RM300 dipinta pengurusan jenazah sebuah...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini dengan tanpa...

Thailand Perkenal Kondom Perisa...

SEBUAH syarikat pengeluar kondom di Thailand telah memperkenalkan kondom berperisa durian bagi memenuhi...

Mimi Fly Dedah Alami Murung Teruk Lepas Cerai

VOKALIS kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly mengakui mengalami kemurungan selepas bercerai dengan suaminya, Mohd. Firdaus Hajar pada penghujung tahun lalu.

Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham berkata dia mengalami kemurungan berikutan kesedihan dan tekanan hidup sehinggalah mengambil keputusan untuk kembali menyanyi.

Kata Mimi, disebabkan oleh kemurungan itu juga dia bertindak menghindarkan dirinya daripada berjumpa dengan orang ramai untuk bersendirian selepas berpisah.

ā€œLama kelamaan, baru saya sedar hidup perlu diteruskan. Saya menangis keluar air mata darah sekalipun tidak akan mendatangkan sebarang faedah.

ā€œKalau saya layan sangat perasaan, semua jadi tak kena. Nak berkarya pun susah. Jadi, saya kumpul kekuatan bertemu rakan-rakan untuk berbincang mengenai kerja demi menyibukkan diri.

ā€œAlhamdulillah, kesibukan berjaya membuatkan saya lupa tentang perkara lalu dan sedikit demi sedikit, emosi semakin stabil,ā€ katanya dipetik sebuah portal online.


Tambah Mimi, dia kini mencabar diri untuk bergerak secara solo dan berharap kerjaya seninya dapat berkembang dalam memberi nafas baharu terhadap dunia nyanyian solo.

Meskipun begitu, Mimi menepis dakwaan yang mengatakan kononnya One Nation Emcees sudah berpecah.

Sebaliknya menjelaskan, projek solo itu dilakukan olehnya sekadar memenuhi masa lapang memandangkan dua lagi anggota kumpulan terbabit, Jojo dan Zydee sibuk dengan urusan peribadi masing-masing.

ā€œSebab itulah saya keluarkan single solo ini yang dihasilkan sendiri bersama-sama tiga lagi karyawan muzik iaitu Shazee Ishak, Omar K dan Audi Mok.

ā€œKlip video pun sudah dimuat naik di YouTube pada pertengahan bulan lalu dan mendapat sambutan baik pendengar,ā€ jelasnya.Ā ā€“ MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori