Friday, January 31, 2025

Creating liberating content

Dinding Satu Sekolah Menengah...

SITIAWAN - Dinding di empat blok bangunan sebuah sekolah menengah di sini diconteng...

“SPRM Tak Pernah Dapatkan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

Pamer Sikap Rasis, Lim...

KENYATAAN rasmi kerajaan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggunakan bahasa...

‘Mesej Dalam Botol’ Ditemui...

SEORANG wanita yang mencampakkan botol mengandungi mesej ke laut semasa umurnya tujuh tahun...

Modul Pemulihan Jabatan Penjara Berjaya Capai 97.5%

KANGAR – Modul pemulihan tahanan militan yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia menjadi rujukan negara luar berikutan kejayaannya mencapai tahap sehingga 97.5 peratus, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zulkifli Omar.

Katanya tahap pencapaian modul itu membabitkan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah lebih tinggi berbanding Turki, Indonesia dan Thailand yang berada di bawah 90 peratus.

“Bagi Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) yang menggantikan ISA, belum ada data untuk dibuat pengukuran lagi kerana tahanan masih menjalani proses deredakalisasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Deredakalisasi 2018 (ICOD) anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di sini, hari ini.

Zulkifli berkata POTA pula dirangka oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan agama yang dilantik sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Katanya penambah baik POTA dilaksanakan dari semasa ke semasa termasuk menggunakan pendekatan baharu dan melatih mereka menjadi usahawan serta dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat selain memberi bantuan kepada keluarga semasa dalam tahanan.


Program tersebut merupakan kerjasama pertama Jabatan Penjara Malaysia dan KUIPs sebagai sebahagian latihan pendidikan selain memahami deredakalisasi. – BERNAMA

Kategori