Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Polis, JPAM, RELA...

Beberapa hari lalu media Malaysia melaporkan tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, Jabatan...

Remaja Maut Tersepit Lif...

ALOR SETAR - Seorang remaja lelaki maut selepas tersepit pada lif mengangkat barang...

Jangan Angkat Panggilan Ini,...

KES penipuan atau lebih dikenali sebagai scammers menerusi panggilan telefon kini bukanlah satu...

Pelantikan MB Pahang Selepas...

BENTONG - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini,...

MRSM Kekal Cemerlang, 1,109 Calon Raih Semua A

TERBAIK… Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekali lagi telah berjaya mencapai prestasi yang cemerlang dengan capai 100 peratus lulus dan catat indeks Gred Purata Maktab (GPM) lebih baik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat Majlis Amanah Rakyat (Mara), keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 menunjukkan GPM diraih semua MRSM ialah 2.248 berbanding 2.4724 pada 2016.

Nilai GPM yang lebih kecil menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik. Sebanyak 8,200 orang pelajar dari 51 buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh Malaysia telah menduduki peperiksaan SPM pada 2017.

Berdasarkan pengumuman keputusan peperiksaan awam tingkatan lima tersebut, seramai 1,109 pelajar atau 13.52 peratus calon SPM 2017 di MRSM memperoleh gred semua A (A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran diduduki.

Ini berbanding rekod 959 calon atau 12.99 peratus pada 2016. Pada tahun ini juga, seramai 16 calon atau 0.2 peratus meraih gred A+ bagi semua subjek diduduki berbanding sembilan calon atau 0.12 peratus pada tahun sebelumnya.

Ia juga mencatatkan 11 buah MRSM mendapat prestasi cemerlang iaitu Alor Gajah, Bentong, Kepala Batas, Kubang Pasu, Kota Putra, Langkawi, Pasir Salak, Pengkalan Chepa, Pengkalan Hulu, Taiping dan Tun Ghafar Baba.

Sementara itu, kadar peningkatan prestasi mata pelajaran mencatatkan sejumlah 14 daripada 18 mata pelajaran didapati meningkat secara menyeluruh pada peperiksaan SPM tahun lepas.


Semua mata pelajaran teras yang ditetapkan Kementerian Pendidikan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah dan Matematik malahan menunjukkan peningkatan prestasi.

Begitu juga dengan lapan mata pelajaran elektif yang lain seperti Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Pendidikan Seni Visual, Tasawwur Islam, Bahasa Arab, Rekacipta dan Information & Communication Technology (ICT).

Pencapaian cemerlang MRSM dalam SPM 2017 membuktikan bahawa Sistem Pendidikan MRSM yang berfokuskan STREAM (Science, Technology, Religion, Engineering, Arts, Mathematics) mampu menghasilkan pelajar terbaik.

Apatah lagi membuktikan kemampuan pelajar bumiputera terutama dari kawasan luar bandar telah membuahkan hasil dan terbukti mencipta perubahan arus pendidikan menengah di negara kita. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori