BELUM lagi reda mengenai isu pelancaran hijab di sebuah kelab malam ternama, pengacara, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa memerli aktres, Fazura di Insta Story miliknya.
Memetik sumber, isu ini bermula apabila terdapat seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Fizz Zoule memuat naik sebuah rakaman yang memaparkan Neelofa sedang bersiap untuk penggambaran iklan di Taiwan.
After dapat tahu the real motives of this video, terus rasa menyampah dengan Lofake ni. Nampak nau hati dia hitam and penuh dengan jelousy. Pi mampos Lofake! U messed with Fazura, u messed with me. Terus tak suka Hajjah Lofake! pic.twitter.com/BVekWT1faR
— ❝ผมอนัส-I’m Anas❞ (@FizzZoule) March 9, 2018
Menerusi rakaman tersebut, individu berkenaan mendakwa dialog yang dilontarkan oleh Neelofa seakan-akan menyindir video yang dirakam Fazura sebelum ini.
Keadaan bertambah panas apabila tindakan jurusolek yang sedang mendandan Neelofa itu dilihat seolah mengiyakan perkara tersebut selain mengatakan kenyataan sinis itu sebagai ‘kejam’.
Ni video story Fazura. Ni laa yang Lofake tu perli. Huh. pic.twitter.com/78kLHFwSir
— ❝ผมอนัส-I’m Anas❞ (@FizzZoule) March 9, 2018
Eh, macam sama je kan?
Rata-rata netizen mempersoalkan motif sebenar Neelofa bertindak sebegitu selain mengkritik tindakan pengacara wanita itu kerana dianggap tidak profesional.
Pun begitu, sejauh mana kesahihan berhubung hal ini masih belum dapat dipastikan lagi. Adakah ianya hanya kebetulan atau mungkin scene perli memerli bakal bermula? – MYNEWSHUB.CC/AM