Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Buka 70 Kertas...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kira-kira 70 kertas...

Tiada Lagi Pangkat, Seragam...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan menghentikan amalan pemberian dan pengurniaan pangkat kehormat dan...

Pelacur Tembak Lelaki Tidak...

SEORANG pelacur telah menembak seorang lelaki dengan dua das tembakan di kepala selepas...

Jam Pintar Pertama Untuk...

SEMEMANG agak sukar bagi golongan OKU penglihatan untuk mengetahui waktu berbanding dengan kita...

Mufti Perlis Lontar Batu Sembunyi Tangan?

KUALA LUMPUR – Tindakan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggunakan kata pujangga “datang tidak bertambah, pergi tidak berkurang” bagi mengambarkan kononnya beliau tidak terlibat dalam kancah politik pembangkang didakwa meragukan.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, Mohd. Asri memberi alasan itu kerana tidak mengikuti jejak sahabatnya Dr. Maszlee Malik dan Wan Saiful Wan Jan menyertai Pakatan Harapan.

“Walaupun hati saya lebih berat untuk menyatakan bahawa ketidakmasukan Dr. MAZA (Mohd. Asri) ke dalam mana-mana parti politik lebih sesuai untuk digantungkan kepada alasan seumpama bahawa “saya penakut dan hanya berani melontar batu sembunyi tangan”,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Beliau membuat dakwaan itu berikutan Mohd. Asri dalam kenyataan di Facebook kelmarin tiba-tiba memuji tinggi Maszlee yang digambarkan sebagai seorang yang handal dalam pandangan Fekah dan merupakan tokoh ilmuwan.

Mohd. Asri malah mengakui pernah mencalonkan sahabatnya itu sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Mohd. Asri memberitahu Maszlee meminta mendoakannya dan beliau mendoakan Maszlee seperti Nabi Muhammad S.A.W ketika melepaskan pasukan pejuang.

Dr. Kamarul Zaman Yusoff

Mengulas lanjut, Kamarul berkata, tiada apa yang mengejutkan Maszlee menyertai Pakatan Harapan kerana memang mempunyai hubungan yang rapat dengan DAP.

Katanya, Maszlee adalah penyelidik untuk think tank DAP Penang Institute dan antara Melayu yang cuba membersihkan DAP dari label anti-Islam dan anti Melayu selama ini.


Malah, katanya, Maszlee menyanjung tinggi Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang hingga memartabatkan mereka setaraf dengan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Jelasnya, Maszlee pernah membuat kenyataan ini: “Saya membuat sedikit homework dan saya dapati ciri-ciri yang Dr. Morsi perjuangkan itu, keperibadian beliau itu, dan prinsip yang beliau perjuangkan, tidak jauh beza dengan apa yang telah dilalui oleh Ketua Menteri kita, YB Lim Guan Eng, atau lebih tepat lagi tidak jauh lari daripada apa yang diperjuangkan oleh bapa beliau sendiri, Lim Kit Siang.”

Kamarul seterusnya mempersoalkan mengapa Mohd. Asri tiba-tiba menulis Perlis bukan negeri terkecil di Malaysia selepas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyentuh tentang perkara itu ketika berucap dalam satu majlis dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

“Walaupun perkara ini agak remeh tetapi ia membuktikan bahawa apa yang banyak pihak sebut mengenai Dr. MAZA (Mufti Perlis) sebelum ini iaitu beliau suka menunjukkan kepakaran beliau dalam semua benda, adalah betul,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori