Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Tunku Sallehuddin Dimasyhur Sultan...

ALOR SETAR - Raja Muda Kedah yang juga Tunku Temenggong, Tan Sri Tunku...

Zul Ariffin ‘Bersihkan’ Imej,...

NAMA pelakon bertubuh sasa ini pernah meletup sekejap pada sekitar Mei lalu apabila...

Lelaki Salah Guna Aplikasi...

Mumbai - Naluri ingin tahu mendorong lelaki didapati lebih ramai menggunakan aplikasi kecemasan...

Piala Axiata: Malaysia Tewaskan...

KUALA LUMPUR - Malaysia bermula cemerlang apabila menundukkan Vietnam 3-1 dalam perlawanan pertama...

N.Sembilan Sasar Satu ABR1M Untuk Setiap DUN

SEREMBAN – Negeri Sembilan menyasarkan untuk mempunyai satu Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M) di setiap kawasan Dewan Undangan Negerinya (DUN) bagi membantu penduduk menangani masalah kos sara hidup.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Hasim Rusdi berkata langkah itu seiring dengan tema kerajaan negeri ‘Memakmurkan negeri, mensejahterakan rakyat’.

“ABR1M ini antara bukti yang kerajaan sangat prihatin dengan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas perasmian ABR1M Gadong Jaya dan Pelancaran Program Jualan Jimat Barang Dapur (JBD) peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

ABR1M yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merupakan projek menaik taraf premis runcit milik usahawan sedia ada dengan menawarkan produk makanan segar hasil pertanian yang dijual terus daripada sumber pengeluaran kepada pengguna selain menjual barangan keperluan runcit harian pada harga berpatutan.

Selain memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan asas pada kadar yang murah, ABR1M juga menjadi platform untuk para usahawan tani memasarkan produk mereka secara terus tanpa menggunakan khidmat orang tengah.

Sementara itu, pemangku Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Usahawan FAMA Datuk Dr Mat Sani Hasan yang turut hadir berkata ABR1M adalah antara langkah kerajaan mengurangkan kos sara hidup rakyat dalam aspek bahan makanan, sejajar objektif Program Transformasi Ekonomi dan Bidang Ekonomi Utama Negara dengan mentransformasikan sektor peruncitan menjelang 2020.


Katanya bagi menambah nilai kepada ABR1M, kerajaan turut melaksanakan program JBD bagi tujuan yang sama.

“Bagi tempoh 2015 hingga 2017, terdapat 108 ABR1M di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ABR1M

Kategori