Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sampai ‘Tergolek’ Bawa Pesakit,...

PETALING JAYA – Siapa tidak tersentuh melihat pengorbanan yang dilakukan oleh petugas barisan...

Tunggakan Cukai RM45 Juta:...

KENINGAU – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah mengenakan sekatan perjalanan kepada 505...

Penerbangan Pertama Pulang Jemaah...

MAKKAH - Penerbangan pertama yang membawa pulang jemaah haji Malaysia adalah pada Sabtu...

FINA 2018: Nur Dhabitah...

KUALA LUMPUR - Penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri sekadar berakhir di tangga...

NADMA Tubuh Sukarelawan Bantuan Awal

MERSING – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menubuhkan Pasukan Sukarelawan NADMA terdiri daripada gabungan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya yang mempunyai kepakaran dalam bantuan awal kecemasan.

Ketua Pengarah NADMA Datuk Abd Rashid Harun berkata penubuhan pasukan sukarelawan itu akan mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada yang dijalinkan bersama NGO.

“Kita tahu NGO ini merupakan wakil-wakil komuniti dan ada dalam kalangan mereka mempunyai kepakaran dalam bidang komunikasi, permotoran serta kenderaan dan perubatan yang merupakan kunci utama dalam memberikan bantuan awal sekiranya berlaku sebarang bentuk bencana.

“Mesyuarat Jemaah Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada minggu lepas juga meluluskan penubuhan Sukarelawan NADMA. Jadi dengan adanya kerjasama ini, kita yakin pengurusan agensi-agensi bantuan bencana akan lebih mudah diatur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Komuniti di Dewan Jubli Intan di sini, hari ini.

Beliau yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut menyempurnakan Majlis Agihan Wang Ihsan Mangsa Banjir Daerah Mersing 2018.

Dalam pada itu, Abd Rashid berkata masyarakat juga memainkan peranan penting dalam usaha menjayakan misi mengurangkan jumlah mangsa sekiranya berhadapan bencana dengan menyertai program kesedaran keselamatan seperti Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CDERT).


“Di bawah program CDERT, masyarakat akan diberikan pendedahan dan maklumat asas penyelamatan dalam usaha mengurangkan jumlah mangsa ketika berlakunya bencana tidak kira banjir atau bencana lain.

“CDERT akan dikendalikan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan sedang giat dilaksanakan di seluruh negara dengan kerjasama agensi-agensi pengurusan bencana yang lain,” katanya.

Pada program berkenaan, 399 mangsa banjir di daerah Mersing baru-baru ini, menerima bantuan wang ihsan berjumlah RM199,500 di bawah Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • NADMA

Kategori