Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Langkah Khazanah Nasional Bantu...

KUALA LUMPUR -- Langkah Khazanah Nasional menubuhkan pusat khas bagi memberi 'sokongan penempatan'...

Tular Video Puji Pendakwah...

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil tindakan mengenai video...

Penunggang Motosikal Maut, 2...

KLUANG – Seorang penunggang maut manakala dua rakannya cedera parah selepas sebuah kereta...

“Saya Tak Akan Turun...

MELAKA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan beliau...

Nafi Wujud Penyakit Misteri Berjangkit Ditularkan

MIRI – Jabatan Kesihatan Sarawak hari ini menafikan kewujudan wabak penyakit misteri yang menjangkiti kanak-kanak dan semakin serius merebak di bandar raya Miri, seperti yang ditularkan.

Pengarahnya Dr. Jamilah Hashim berkata kandungan tular itu adalah tidak tepat dan semakan serta verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit oleh pihaknya mendapati tidak ada peningkatan ketara sebarang penyakit berjangkit di bandar raya ini sejak sembilan bulan lalu.

“Meskipun begitu, pihak pengurusan Hospital Miri mengesahkan terdapat sedikit peningkatan kemasukan pesakit ke wad di hospital itu sejak awal Februari lepas, terutamanya di wad kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Bagaimanapun katanya trend itu adalah normal yang berlaku selepas musim perayaan dan kemasukan ke wad tersebut disebabkan pelbagai penyakit dan bukan penyakit berjangkit yang spesifik.

Mengenai memo dalaman Hospital Miri: ‘Notis Segera Penangguhan Pembedahan Elektif’ bertarikh 07 Mac 2018 yang juga tular hari ini, Dr. Jamilah berkata notis itu yang ditujukan kepada ketua jabatan hospital berkenaan tidak menjejaskan perkhidmatan hospital termasuk pembedahan khususnya bagi kes kecemasan yang berjalan seperti biasa.


“Orang awam yang ingin mendapatkan kepastian/pengesahan atas mesej-mesej yang telah ditularkan, bolehlah menghubungi ‘Crisis Preparedness and Response Centre’, Jabatan Kesihatan Sarawak di talian 082-443248,” katanya. – BERNAMA

Kategori