Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kereta Kalis Peluru Telan...

BEBERAPA insiden tembakan di negara ini yang kebanyakannya membawa maut dan dipercayai dilakukan...

Risda T’ganu Tumpukan Program...

HULU TERENGGANU - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Terengganu tahun...

Anak Panda Dijangka Dapat...

KUALA LUMPUR - Anak panda betina kepada pasangan panda gergasi dari China, Xing...

Video: Lelaki Kunyit Tampar,...

SATU rakaman video memaparkan seorang lelaki 'kunyit' menampar bertubi-tubi seorang pelajar perempuan kini...

Najib Bertemu PM Australia Malcolm Turnbull

SYDNEY – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi Sabtu mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull.

Pertemuan itu, yang berlangsung kira-kira 30 minit, diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Sydney menjelang Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 selama dua hari yang akan bermula pada petang Sabtu.

Antara lain, kedua-dua pemimpin membincangkan isu tentang pertahanan, pendidikan, kerjasama perdagangan dan pelaburan serta kerjasama serantau dalam memerangi keganasan.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya Julie Bishop.

Najib dijadualkan menyampaikan ucaptama pada majlis penutup Persidangan Pencegahan Keganasan pada hari pertama sidang kemuncak itu.

Najib satu-satunya pemimpin ASEAN yang dijemput untuk menyampaikan ucapan pada segmen penutup persidangan itu. Pemimpin lain yang akan berucap pada persidangan itu ialah Turnbull.


Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 dianjurkan untuk membincangkan hala tuju masa depan dan kerjasama antara ASEAN dan Australia.

Selain itu, sidang kemuncak khas berkenaan juga diadakan untuk memperingati peningkatan hubungan ASEAN-Australia ke taraf rakan strategik.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia terdiri daripada tiga sesi iaitu Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-Australia, Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-Australia dan Persidangan Pencegahan Keganasan ASEAN-Australia.

Ini adalah kali pertama Australia menjadi tuan rumah sidang kemuncak bersama semua pemimpin ASEAN. – BERNAMA

Kategori