Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Pengguna Perlu Buang Sikap...

KUANTAN - Pengguna di negara ini digesa membuang sikap prejudis terhadap kualiti produk...

6 Projek Pertanian Akan...

LABUAN - Sekurang-kurangnya enam projek pertanian melibatkan peruntukan sebanyak RM423,100 akan dilaksanakan di...

Masyarakat Harus Literasi Media...

SEOUL - Masyarakat yang literasi media akan mengamalkan pendekatan analitis mengenai sebarang maklumat...

Pegawai Lantikan Politik Belum...

PUTRAJAYA – Isu lantikan politik pegawai menteri serta timbalan menteri yang belum menerima gaji...

Najib Dapat Penghormatan Tinggi Di Australia

SYDNEY – Tindakan sesetengah pihak yang mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia tidak diberikan sambutan istimewa sewaktu Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 di sini tidak mendapat perhatian kerajaan Australia.

Sebaliknya, Najib diberikan penghormatan istimewa terutama apabila menjadi satu-satunya pemimpin dari ASEAN yang dijemput memberi ucapan pada majlis penutupan Persidangan Pencegahan Keganasan yang merupakan sebahagian daripada program sidang kemuncak khas itu di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Sydney.

Seorang pemimpin lagi yang berucap pada majlis penutup tersebut pada Sabtu adalah Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull.

“Alhamdulillah, saya dapat penghormatan yang boleh dikatakan teristimewa. Untuk ucapan (pada majlis penutup persidangan itu), saya seorang sahaja yang dijemput. Pada majlis makan malam pun saya duduk di sebelah Turnbull.

“Kalau ada pihak cuba supaya saya tidak diberikan sambutan, nampaknya (permintaan mereka) ditolak dan gagal. Kerajaan Australia tetap beri penghormatan yang tinggi kepada Kerajaan Malaysia,” kata Najib kepada media Malaysia di sini, hari ini.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 yang berlangsung pada hujung minggu ini diadakan untuk membincangkan hala tuju masa depan dan kerjasama antara ASEAN dan Australia.


Selain itu, sidang kemuncak khas berkenaan juga diadakan untuk memperingati peningkatan hubungan ASEAN-Australia ke taraf rakan strategik.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia melibatkan tiga sesi iaitu Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-Australia, Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-Australia dan Persidangan Pencegahan Keganasan ASEAN-Australia.

Ini adalah kali pertama Australia menjadi tuan rumah sidang kemuncak bersama semua pemimpin ASEAN. – BERNAMA

Kategori