Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

SPRM Sita RM3 Juta...

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menyita sejumlah RM3 juta...

Polis Cari Waris Lelaki...

CAMERON HIGHLANDS - Polis sedang mencari anggota keluarga seorang lelaki yang ditemui mati...

Pengamal Media Utamakan Etika...

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihatkan agar pengamal...

Budak Perempuan 16 Bulan...

KUALA NERUS: Seorang budak perempuan berusia 16 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak...

Najib Kutuk Serangan Agen Saraf Di Salisbury

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan agen saraf baru-baru ini ke atas bekas pegawai perisikan tentera Rusia, Sergei Skripal, 66, dan anak perempuannya Yulia, 33, di Salisbury, barat daya London.

“Mempunyai pengalaman yang serupa di tanah air, kita mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia dalam keadaan apa sekalipun,#SalisburyAttack,” kata Najib dalam Twitter beliau, hari ini.

Bekas perisik Rusia yang menjadi ejen talam dua muka bagi Britain, Sergei dan Yulia ditemui rebah di bangku di luar sebuah pusat beli belah di Salisbury pada 4 Mac. Mereka masih dalam keadaan kritikal di sebuah hospital.

Pihak berkuasa British membuat kesimpulan bahawa Sergei dan Yulia diracun dengan agen saraf ‘’Novichok’’.

Begitu juga di Malaysia, Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un, yang sedang menunggu penerbangan ke Macau di klia2 dipercayai dibunuh selepas mukanya disapu dengan agen saraf VX pada 13 Februari, tahun lepas. – BERNAMA

Kategori