Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kejayaan Gadis Kudung Kaki...

KETABAHAN serta kecekalan seorang gadis berusia 19 tahun yang kudung kedua-dua belah kaki...

Tabung Harapan Satu Gimik...

KUTIPAN derma besar-besaran oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Tabung Harapan sejak awal...

Peniaga @Alor Setar, ONE...

PROGRAM anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang telah berjaya membantu banyak pengusaha dalam talian,...

Leka Guna Telefon Kereta...

SEBERANG PERAI - Gara-gara terleka dan tidak menekan brek ketika memandu sambil melepasi...

Najib Tak Sekat Teguran Berbanding Mantan PM

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau dan pemimpin UMNO berasa selesa menegur kekurangan kerajaan di bawah pimipnan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, kata beliau, semua pihak dalam mesyuarat UMNO juga berasa selesa berbuat demikian dan begitu juga Ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang boleh menegur kerajaan secara bebas berbanding era pentadbiran kerajaan sebelum ini.

“Tinggal lagi cara dan niat menegur sudah tentu berbeza. Cara dan nawaitu pembangkang lain, cara dan nawaitu kita pula lain.

“Dari situlah yang barangkali kekanda saya Tan Sri Dr. Rais Yatim boleh menoleh ke kiri kanannya dan menyatakan di mana duduknya dan apa nawaitunya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Annuar, beliau langsung tidak mengenali Jho Low, malah tidak pernah bersua muka dengannya sebelum ini.

Namun, katanya, tindakan untuk cuba mengaitkan masalah Jho Low dengan instisusi dalam negara tanpa mempedulikan fakta yang sahih dan `law of the land’ adalah tidak bijak.

Jelas beliau, sejak awal kerajaan menyerahkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikendalikan berdasarkan prinsip keluhuran undang undang.

Malah, kata beliau, kerajaan menyerah perkara itu dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan memenuhi permintaan wakil pembangkang untuk menyertainya.


Kata beliau, Timbalan Pengerusi PAC yang juga pemimpin kanan DAP menyebut dengan jelas berdasarkan fakta dan bukti yang diperiksa, tidak membabitkan Perdana Menteri.

Tambah beliau, 1MDB sendiri telah menegaskan mereka tidak ada sebarang urusniaga dengan Jho Low.

“Maka biarlah Jho Low menghadapi apa jua pertuduhan (jika ada) di mana-mana jua negara mengikut mana-mana jua undang undang jika beliau menyalahinya,” katanya.

Jelas beliau, isu itu sebenarnya mula dipolitikkan di Malaysia apabila ada perebutan kuasa dalam UMNO sendiri dan dari situ bermulalah episod sensasi 1MDB hingga hari ini.

“Jadi Tan Sri Rais dialu alukan untuk terus menulis dan menegur asal betul pada cara dan jujur pada nawaitunya,” kata beliau. – MYNEWSHUB.CC

Kategori