Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan PKPB Di Lembah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka akan membuat pengumuman pada Jumaat ini, berhubung keputusan...

Kerajaan Belum Sedia Laksana...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST)...

Mahkamah Tolak Permohonan KDN...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN)...

Bekas Vokalis Kumpulan Popular...

SEORANG penyanyi lelaki berusia 36 tahun yang pernah popular pada awal 90-an ditahan...

Najib Tegaskan Komitmen Cari MH370

KUALA LUMPUR – Hari ini menandakan telah empat tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan Facebooknya hari ini berkata: “Empat tahun telah berlalu sejak kehilangan tragik MH370, namun penumpang dan kru di dalam pesawat itu tetap dalam doa dan ingatan kita.

“Seperti yang ditunjukkan dalam pencarian terkini yang kita tugaskan, kita tetap komited untuk mencari dan menemukan nasib mereka di dalam pesawat itu.

“Sehingga itu, kita tetap komited dalam mengingati mereka dengan mendesak komuniti penerbangan untuk mengambil pelbagai langkah perlu bagi menjadikan penerbangan di udara lebih selamat dan memastikan tragedi sedemikian tidak akan berulang.”

Pesawat MH370 hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, membawa bersamanya 239 penumpang dan anak kapal.

Australia, Malaysia dan China telah memberhentikan pencarian bersama di dasar laut pesawat itu yang dijalankan selama dua tahun, pada Januari tahun lepas. Tiada langsung isyarat yang boleh membawa kepada penemuan pesawat itu di kawasan pencarian seluas 120,000 km persegi di selatan Lautan Hindi.


Setakat ini hanya tiga cebisan MH370 disahkan ditemui di kawasan pantai barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap flaperon berukuran dua meter.

Operasi yang dijalankan syarikat penerokaan dasar laut Amerika Syarikat yang diberikan mandat rasmi untuk melakukan pencarian di kawasan seluas 16,000 km persegi awal tahun ini, gagal menjumpai sebarang bukti kukuh. – BERNAMA

Kategori